CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nikah: Atilia Bakal Berkahwin Jejaki Pilihannya Masa Terdekat


Perkembangan terkini, betul ke nikah: Atilia bakal berkahwin jejaki pilihannya masa terdekat nanti?

Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih mesra dipanggil Atilia mengakui dia dan pasangannya sedang merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Kanda Dinda ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri kembali memandangkan umurnya sudah menginjak ke 37 tahun.

Atilia Rancang Berkahwin Pada Tahun 2011

“Memang saya dan dia sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Kalau boleh kami hendak buat pada Disember ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Saya pun tidak mahu lengah-lengahkan lagi kerana saya bukannya muda lagi. Sudah masuk ke 37 tahun. Namun, seandainya ada kekangan waktu kerana kesibukkan tugas, mungkin kami terpaksa tangguhkan juga ke awal tahun depan,” ulas Atilia berterus-terang.

 Gambar Atilia Yang Seksi

Bagaimanapun, Atilia masih enggan memperkenalkan jejaka yang sedang bertakhta di hatinya. Menurut penyanyi kecil molek ini dia mahu menghormati permintaan pasangannya yang tidak mahu diperkenalkan.

“Dia hanyalah lelaki biasa, bukan selebriti atau sesiapa yang berpengaruh. Kami sudah lama saling mengenali iaitu kira-kira lima tahun lalu memandangkan dia adalah Jurutera Bunyi saya selama ini. Paling penting, dia bukan milik sesiapa kerana dia adalah lelaki bujang,” tutur  Atilia sambil menguntum senyuman.

Album Terbaru Atilia - Indah Di Jakarta, Indonesia

Berkongsi cerita tentang perkembangan terbarunya, Atilia memberitahu dia kini sedang sibuk dengan persediaan untuk melancarkan album Indah di Jakarta dalam masa terdekat ini. Jelas Atilia, album itu mendapat sambutan baik di sana dan atas sebab  itu Demajors Indonesia setuju untuk memasarkan albumnya  itu.

 Gambar Atilia Yang Cun

“Selain itu, saya juga sedang mencari material untuk album ketiga. Setakat ini saya sudah punya 30 buah lagu untuk dipilih. Tetapi, saya masih memerlukan lagi lagu kerana mahu mencari 10 yang terbaik. Bagaimanapun, saya tidak terlalu terdesak untuk mendapatkan lagu. Saya tidak mahu buat secara tergesa-gesa. Biarlah album ini disiapkan dengan santai kerana album terdahulu masih boleh dijual,” ujar Atilia.

Pada 15 Julai hadapan, Atilia akan memenuhi undangan ke acara Anugerah Planet Muzik  yang akan berlangsung di Singapura. Pada malam itu, Atilia akan menjadi salah seorang artis yang akan membuat persembahan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nikah: Atilia Bakal Berkahwin Jejaki Pilihannya Masa Terdekat By Mohd Rohaizad. Published: 2.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...