CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ning Baizura Seksi Lancar Album Berjudul DEWA


Tahukah Anda Ning Baizura Yang Seksi Lancar Album Terbaru Yang  Berjudul DEWA!

Suami kepada penyanyi popular, Ning Baizura iaitu Omar Sharif Christopher Layton Dalton bertekad berhenti kerja bagi membantu melancarkan perjalanan kerjaya isteri tercinta.

Ning Baizura berkata, suaminya yang bekerja sebagai pengurus di bahagian pemasaran sebuah syarikat minyak dan galian itu kini menumpukan sepenuh perhatiannya kepada strategi pemasaran marketing album terbarunya yang berjudul Dewa dan konsert yang bakal diadakan Disember 2011 depan.

Gambar Ning Baizura Seksi Hot
 Gambar Ning Baizura Seksi Hot

“Album Dewa baru sahaja berada di pasaran, saya bersyukur kerana suami saya mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama membantu mempromosikan album ini.

“Skop kerja suami saya masih sama seperti dahulu iaitu bahagian pemasaran cuma produk sahaja yang berbeza, jadi bagi saya dia lebih pakar untuk berbincang dan menyusun strategi pemasaran,” ujar Ning Baizura.

Omar Sharif Christopher Layton Dalton Suami Ning Baizura Kuat Membantu Pemasaran Album

Selain itu, Ning Baizura yang akn mengadakan sebuah konsert pada 2 dan 3 Disember 2011 depan di KL Live Center kini sedang sibuk mencari penaja konsert.

“Saya dan suami kini sibuk mencari penaja untuk konsert tersebut, seperti biasa masalah utama artis Malaysia bila nak buat konsert ialah tiada penaja.

“Buat masa sekarang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Bank Simpanan Nasional merupakan penaja utama, namun kami masih lagi mencari penaja yang sudi menaja konsert tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ning berkata album yang memuatkan lapan buah lagu itu juga merupakan buah tangan terbarunya setelah hampir lapan tahun menyepi.

“Peminat saya sudah lama menunggu album baru, kali terakhir ialah pada tahun 2004 menerusi album Pertemuan.

Gambar Ning Baizura Album DEWA
 Gambar Ning Baizura Album DEWA

“Setiap lagu dalam album ini juga mempunyai makna tersendiri yang menceritakan tentang kisah hidup saya sepanjang menjadi anak seni,” katanya.

Tambah Ning, pemilihan tajuk album menggunakan nama Dewa adalah memberi makna sebagai cahaya baru dalam kerjaya nyanyiannya.

“Dewa bermaksud cahaya dalam bahasa Sanskrit iaitu cahaya baru bagi saya dalam perjalanan kerjaya.

“Dari segi genre lagu dan vokal yang baru dalam setiap lagu dalam album ini adalah mengikut perkembangan muzik masa kini,” katanya yang menerbitkan sendiri album tersebut. -MStar.

Tengok Video Muzik Youtube Ning Baizura (Lagu Awan Yang Terpilu)



Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Dah 8 tahun artis bersuara lantang lagi power Ning Baizura yang dulu seksi tidak mengeluarkan album lagu. Kali ini kepada para peminat kak Ning Baizura ini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli album berjudul DEWA yang akan lancarkan bersama dengan konsert di bulan Disember nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ning Baizura Seksi Lancar Album Berjudul DEWA By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...