CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Aku cinta Kyra - Ramlah Rashid Terbitan Buku Prima


Novel Aku cinta Kyra Karya Ramlah Rashid Terbitan Buku Prima

Novel Aku cinta Kyra merupakan karya novelis Ramlah Rashid Terbitan syarikat Buku Prima. Ini merupakan novel ketiga Ramlah Rashid. Cerita dalam novel cinta ini tidak mengecewakan para peminat novel cinta jika menghayatinya.

Sepanjang pembacaan novel ini penulis menyukai kisah Kyra dan Hairee. Tapi memang jelas Kyra akan memilih Idham sekiranya dia tahu Idham tu bukan abg kandungnya. Dia sentiasa mencari jejaka yang macam abangnya untuk menjadi teman hidupnya. 


Ternyata pilihan hati Kyra adalah seorang yang sangat dekat dengan abangnya Idham. Hairee yang pada mulanya sekadar mahu membalas dendam bagi pihak sahabat baiknya akhirnya jatuh cinta kepada Kyra. Puas dia memancing perhatian Kyra, namun susah betul nak mendengar ungkapan cinta dari Kyra. 


Walaubagaimanapun, di saat segalanya mahu dimateri satu rahsia besar pun terbongkar.. Nak tahu suspen dan konflik dalam Novel Aku Cinta Kyra? Kenalah baca sendiri.. Hehehehe..

Sinopsis Review Novel Aku cinta Kyra - Ramlah Rashid

Novel Aku Cinta Kyra Buku Prima


Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku terus menyimpan perasaan ini..

"Karya terbaru novelis Sara Kirana & Qaseh Qaisy"

Sepatutnya aku gembira dgn kebahagiaan Kyra. sepatutnya aku bahagia dgn kegembiraan ibu. Tapi kenapa tiba2 jiwaku jadi kosong, sekosong langit malam tanpa bulan mahupun bintang, gelap! Pengap! Bahang! - Kyrul Idham

"Abg baik sgt pd Kyra. Sejak kecil Kyra berangan-rangan nak kawin dgn abang. Namun itu dulu, zaman budak2. Kyra ingat ayah dgn ibu adik beradik sebelum jd suami isteri. Jadi Kyra pun berangan-rangan begitu. Tapi kan baik kalau abg bukan abg Kyra?" - Kyra Idora.

"Tapi cintakah Kyra pada aku? Sedangkan selama ini dia seakan mencintai abang? Pastinya cinta nya kian mendalam selepas siapa abg terungkai." - Hairee

Namun kita hanya merancang. ALLAH penentu segala. Cinta yg wujud tanpa diduga. Hadirnya tanpa sengaja, berakhir jua tanpa dijangka.

Apa Kata Ramlah Rashid Terhadap Novel Aku Cinta Kyra

Aku cinta kyra, terhasil dari pemerhatian penulis pada rasa kasih dan sayang sesama adik beradik dan keluarga. Saya melihat begitu suci dan indahnya persaudaraan dan persahabatan jika ianya terjalin atas landasan keikhlasan dan rasa tanggungjawab. namun ianya akan menjadi duri yg bisa mencederakan serta membunuh juga, jika kasih sayang itu dihimpit rasa cinta sama ada datangnya diundang atau tanpa sedar. Akan lebih parah jika cinta itu terhalang dek tali persaudaraan dan wujudnya cinta tiga segi. ALLAH memandang tinggi masyarakat yg bersedia bantu-membantu tetapi melarang sam sekali mengakui hak ke atas anak angkat ~Ramlah Rashid~



Harga Novel Aku Cinta Kyra: RM18.90
Bilangan Mukasurat Novel Aku Cinta Kyra: 521 m/s

Baca Novel Aku Cinta Kyra Secara Online

Anda ingin membaca Novel Aku Cinta Kyra secara online di internet? Anda bolehlah membaca preview Novel Aku Cinta Kyra nukilan Ramlah Rashid terbitan Buku Prima dibawah. Penulis sarankan anda membeli Novel Aku Cinta Kyra di kedai buku berhampiran jika mahu mengetahui keseluruhan cerita. Terima kasih Buku Prima diatas ehsan preview ini buat pencinta novel di Malaysia.





Belilah Novel Aku cinta Kyra Oleh Ramlah Rashid Terbitan Syarikat Buku Prima.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Aku cinta Kyra - Ramlah Rashid Terbitan Buku Prima By Mohd Rohaizad. Published: 11.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...