CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Novel Cinta Dua Jiwa - Rania Firdaus Terbitan Alaf 21


Novel Cinta Dua Jiwa Hasil Karya Buah Tangan Rania Firdaus Terbitan Syarikat Alaf 21 Sdn Bhd. Apa yang penulis boleh review ialah mengenai soal cinta selepas kahwin. Hah, macam cerita orang dulu-dulu ja? Sekarang pun ada juga tetapi tak macam dulu kan? Hmm.. tentang babak sedih tu kurang la, kira kurang la nak mengalir air mata anda tu. Malah cinta online turut dipaparkan untuk menunjukkan kisah ini tidaklah ketinggalan zaman. Plot cerita yang kemas dan teratur.



Sinopsis Novel Cinta Dua Jiwa:

Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.

Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.

Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...


Berpisah Itu Indah.. Jika Kita Bisa Berbicara.. Bahasa Rindu..


RM 18.00
496 mukasurat
ISBN : 978-983-124-391-6

Siapa Rania Firdaus? Disini Penulis Paparkan Serba Sedikit Tentang Profile Biografi Rania Firdaus:

Gambar Rania Firdaus

Berasal dari Kuala Terengganu, Rania Firdaus merupakan anak keenam daripada tujuh beradik. Kini, menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Mula meminati bidang penulisan sejak memasuki alam persekolahan menengah, tetapi kebanyakan karyanya hanya disimpan sebagai koleksi peribadi semata-mata.

Hanya selepas tingkatan tiga, beliau mula memberanikan diri untuk menyiarkan karyanya, tetapi sekadar untuk dimuatkan di dalam majalah sekolah dan juga di laman web kenalankenalannya. Novel ini merupakan novel sulungnya. Dalam novel Cinta Dua Jiwa, watak Hariz Indrani digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat setia pada cintanya. Tidak dapat dinafikan, ketika menulis cerita ini sering juga beliau terfikir... wujudkah lelaki seperti Hariz Indrani di dunia realiti ini? Watak Aisya Humayra pula, beliau garap berdasarkan perwatakan seseorang yang dikenalinya. Sikapnya yang tidak tahu berkata ‘tidak’ dan amat pasrah dengan ketentuan hidupnya memberi idea kepada Rania untuk mewujudkan perwatakan tersebut manerusi watak Aisya Humayra.

Harapan Rania dalam dunia penulisan ini hanyalah satu, iaitu diterima dengan hati terbuka oleh para pencinta novel. Sebagai seorang yang masih mentah dalam bidang ini, beliau akui segala kelemahan yang tersurat pada hasil karyanya dan mohon tunjuk ajar daripada semua pihak. ~ RANIA FIRDAUS ~

Anda Mencari Novel Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna?

Anda ingin membaca preview Novel Cinta Dua Jiwa secara online di internet? Silalah baca dibawah.

Jika anda berminat, penulis sarankan anda membeli Novel Cinta Dua Jiwa karya Rania Firdaus untuk mengetahui keseluruhan cerita cinta Humayra di pasaran. Terima kasih kepada Alaf 21 Sdn Bhd diatas preview Novel Cinta Dua Jiwa.



Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Cinta Dua Jiwa - Rania Firdaus Terbitan Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 3.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...