CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Cinta Rahsia - Liza Zahira Buku Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd


Novel Cinta Rahsia - Liza Zahira Buku Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd



Sinopsis Review Novel Cinta Rahsia:

Ayu Kartika terperangkap antara cinta dan cita-cita. Dalam membina kerjaya, dia telah bertemu Adam Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Communication, sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan milik bumiputra.

Adam yang sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya Farah Aina, terpaut hati pada Ayu. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Adam telah membatalkan majlis tersebut. Dia telah menjejaki Ayu di Cherating. Salbiah, tidak dapat menerima keputusan anaknya itu Dia telah mengalami tekanan perasaan. Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, Adam ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh.

Dr. Zabidi bersepakat dengan Ayu untuk membantu memulihkan Adam. Takdir telah menemukannya dengan Maisarah dan Daniel Hakimi, saintis muda dari Florida. Daniel telah membantu memulihkan Adam. Adik Adam, Hairil pula muncul dan menambah lagi kerumitan. Pada masa yang sama, Farah Aina cuba berbaik dengan Hairil, bekas kekasihnya. Kay yang hamil anak luar nikah hasil hubungannya dengan Hairil menaruh harapan pada Adam untuk menjadi bapa kepada anaknya. Kemuncak kisah ini berlaku apabila Farah Aina akhirnya dibunuh oleh Hairil. Lelaki itu pula dijatuhkan hukuman mati.

Tetapi dendam Farah Aina tidak berakhir di situ kerana Kay pun memusuhi Ayu hingga mendorong dia merancang untuk membunuh gadis itu. Terbukakah hijab yang menghalang hubungan Ayu dan Daniel?

Cinta Tidak Perlu Dicari.. Kerna Ia Tersisip.. Dilipatan Hati..

RM 19.90
528 mukasurat

Apa yang penulis boleh review ialah novel Cinta Rahsia karya novelist Liza Zahira. Novel ini merupakan antara nukilan terawal beliau, memang tidak mengecewakan. Cuma trillnya agak kurang, tetapi jika anda peminat Liza Zahira, anda bolehlah baca Novel Cinta Rahsia secara online dibawah.

Preview ini dibawa khas dengan ehsan Alaf 21 sdn bhd. Jika anda berminat mengetahui keseluruhan cerita ini, penulis sarankan anda membeli Novel Cinta Rahsia di Alaf 21. Semoga anda semua terhibur dengan karya Liza Zahira.

Baca Novel Cinta Rahsia Secara Online Dibawah:



Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Cinta Rahsia - Liza Zahira Buku Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...