CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Nilai Cintamu - Eka Fahara Terbitan Buku Alaf 21


Novel Nilai Cintamu - Eka Fahara Terbitan Buku Alaf 21 @ mohdrohaizad.co.cc

Novel Nilai Cintamu hasil nukilan istimewa kedua oleh Eka Fahara, buku terbitan syarikat Alaf 21. Buku novel cinta ini mengisahkan konflik cinta tiga segi yang melibatkan seorang wanita dan dua orang lelaki. Watak utama ialah Nana yang setia menanti Hisyam ketika Hisyam menyambung pelajaran di luar negara namun Hisyam terus menyepi tanpa mengirim khabar berita tentang dirinya kepada Nana.

Pada masa yang sama, Nasri yang merupakan teman sepejabat Nana juga cuba meraih cinta Nana yang setia menanti kepulangan Hisyam. Seperti biasa, konflik demi konflik tercetus tatkala Hisyam pulang ke tanahair yang meletakkan ketiga-tiga mereka dalam situasi yang sukar.

Di samping itu, Nana juga harus berhadapan dengan konflik keluarganya sendiri bila mamanya mengambil keputusan untuk mengahwini En. Rahmat, duda yang mempunyai anak perempuan bernama Tasya ,  watak antagonis dalam Nilai Cintamu ini.

Novel cinta ini boleh dikatakan biasa sahaja, persoalan cinta dan konflik yang dihadapi tidak begitu mencabar seperti novel-novel cinta yang lain.

Sinopsis Review Novel Nilai Cintamu, Eka Fahara:

Novel Cintamu Eka Fahara Alaf 21


Waktu Yang Terdetik.. Berdetik Kembali.. Setelah Kau Di Sisi..

Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.

Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.

Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.

Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.

Anda berminat untuk membaca Novel Nilai Cintamu secara online di Internet?

Dibawah ini ada preview Novel Nilai Cintamu karya Eka Fahara. Jika anda berminat untuk mengetahui keseluruhan cerita cinta Nana, maka penulis sarankan anda membelinya di pasaran. Terima kasih kepada Alaf 21 diatas ehsan preview Novel Nilai Cintamu.





Novel Nilai Cintamu - Eka Fahara Terbitan Buku Alaf 21

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Nilai Cintamu - Eka Fahara Terbitan Buku Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 7.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...