CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Pelabuhan Kasih - Lily Suriani Terbitan Alaf 21


Novel Pelabuhan Kasih karya novelist Lily Suriani terbitan syarikat Alaf 21 Sdn Bhd. Novel cinta ini tidak mengecewakan para pembacanya. Apa yang penulis boleh review ialah.. perghhh.. anda wajib baca! Semua perasaan pun ada simpati.. hepi.. sedih tak yah cakap la.. nak rasa effect novel ini? Anda kena la baca sendiri ya.
Preview Sinopsis Novel Pelabuhan Kasih:


Izinkan.. Ku Pimpin Dirimu.. Dari Kamar Waktu.. Yang Sepi Itu..


Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya. 

Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!

Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.

Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.

Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

MCFGPJ9HECC8
Harga : RM 14.00
Halaman :352
Baca Novel Pelabuhan Kasih Karya Lily Suriani Secara Online Di Internet?

Dibawah ini anda boleh baca Novel Pelabuhan Kasih secara online. Namun, penulis sarankan para pembaca membeli novel cinta ini jika ada dipasaran. Support ya penulis novel cinta Malaysia! Terima kasih Alaf 21 Sdn Bhd atas ehsan memberi kebenaran untuk menyiarkan Novel Pelabuhan Kasih secara online buat tatapan peminat novel cinta negara.


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Pelabuhan Kasih - Lily Suriani Terbitan Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 1.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...