CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Sandaran Hati - Aini Marisha Buku Terbitan Alaf 21


Novel Sandaran Hati nukilan novelist Aini Marisha, buku terbitan syarikat Alaf 21 Sdn Bhd. Apa yang penulis boleh review ialah.. novel cinta Aini Marisha memang best.. perasaan benci Amalia terhadap lelaki membuatkan penulis simpati.. sedih.. marah pun ada. Situasi keadaan yang boleh dirasai.. menyerupai kisah benar seorang gadis yang tabah menghadapi kehidupan yang penuh cabaran.



Sinopsis Novel Sandaran Hati:

Tanyalah hati ini dan ketahuilah.. Penantianmu ada penghujungnya..

KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.

Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.

Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.

Puas brdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.

"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"

Mukasurat : 480 Halaman 

Harga: RM18.00

Anda Mencari Novel Cinta Dua Jiwa?

Anda hendak membaca Novel Sandaran Hati secara online di internet? 
Dibawah ini anda boleh baca preview berkenaan novel cinta yang best ini. Penulis menggalakkan para pembaca yang berminat dengan Novel Sandaran Hati karya Aini Marisha untuk membelinya dikedai buku berhampiran jika ingin mengetahui kesudahan cerita cinta ini. Terima kasih kepada Alaf 21 diatas ehsan preview buat tatapan pencinta novel.


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Sandaran Hati - Aini Marisha Buku Terbitan  Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 4.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...