CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna Terbitan Alaf 21


Novel Sepi Tanpa Cinta karya novelist Damya Hanna, terbitan syarikat Alaf 21 Sdn Bhd. Novel ini mempunyai persamaan dengan novel Bicara Hati, cuma olahan cerita berlainan. Jalan ceritanya mengenai Haziqah yang kadang-kala seolah-olah menyerupai novel Bicara Hati. Namun, novel cinta ini tetap menarik jika anda adalah peminat Damya Hanna.

Sinopsis Novel Sepi Tanpa Cinta: 

 Ku Tetap Menanti.. Selagi Ada Asa.. Disebalik Rindu Yang Tegar..

Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


RM 18.00
496 muka surat

Anda ingin membaca Novel Sepi Tanpa Cinta secara online di internet? Dibawah anda boleh lihat preview sebahagian dari Novel Sepi Tanpa Cinta. Penulis sarankan anda membeli novel ini jika anda berminat untuk menghabiskannya. Terima Kasih kepada Alaf 21 kerana ehsan untuk preview novel Sepi Tanpa Cinta.



Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna Terbitan Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 2.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...