CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nur Fathia Artis Panas Baran Mengamuk Besar Kepala


Betul Ke Pelakon Cantik Jelita Nur Fathia Artis Panas Baran Mengamuk Besar Kepala Di Lokasi Penggambaran Drama Stanza Cinta?

Pelakon Baru Cantik Jelita Nur Fathia Abd Latiff berumur 24 tahun, mengakui tidak berniat untuk mengamuk di lokasi drama Stanza Cinta sehingga bertindak membaling telefon bimbitnya ke arah pengarah Along Kamaluddin seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.

Menurut Nur Fathia, insiden tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap panas baran atau besar kepalanya tetapi ia dipengaruhi oleh tindakan spontan gara-gara tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama Stanza Cinta.

"Saya langsung tiada niat untuk mengamuk sehingga membaling telefon kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada Along Kamaluddin yang Nur Fathia hormati sebagai pengarah.

Gambar Nur Fathia Seksi Cun
 Gambar Nur Fathia Seksi Cun Jelingan Manja

"Insiden itu berlaku secara spontan kerana telefon saya terlepas daripada tangan dan tercampak ke arah orang lain dan bukannya ke arah Along Kamaluddin seperti yang didakwa.

"Sebenarnya, saya terlalu tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. Kebetulan pula, sebelum itu saya baru saja mendapat panggilan peribadi yang membuatkan saya marah dan hilang pertimbangan," kata Nur Fathia.

Pengjelasan Nur Fathia Berhubung Isu Mengamuk Di Lokasi Lakonan Drama Stanza Cinta

Nur Fathia menjawab dakwaan itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama Stanza Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Selasa lalu.

Tambah Nur Fathia, apa yang lebih menggusarkan fikirannya kini adalah kesan daripada laporan akhbar tersebut akan membuatkan masyarakat berpandangan negatif terhadapnya.

"Sebenarnya, insiden itu bukan perkara besar pun. Semuanya sudah okey dan saya juga sudah meminta maaf pada Along Kamaluddin. Penggambaran drama Stanza Cinta juga berlaku seperti biasa.

Gambar Pelakon Stanza Cinta
 Gambar Pelakon Drama Stanza Cinta - Nur Fathia, Fizz Fairuz & Aaron Aziz

"Namun, saya risau jika orang menganggap saya jahat dan sudah besar kepala walaupun baru setahun jagung dalam lakonan," kata Nur Fathia.

Susulan kejadian itu, Nur Fathia yang merupakan pelajar jurusan undang-undang ini mengakui dia perlu belajar untuk mengawal emosi dan tidak membawa masalah peribadi ke tempat kerja.

"Saya belajar banyak perkara daripada insiden tersebut. Kini, baru saya sedar setiap gerak geri kita walaupun yang remeh-temeh akan sentiasa diperhatikan orang.

"Saya kena belajar untuk mengawal emosi dan tidak mencampuradukkan masalah peribadi apabila sedang bekerja," kata Nur Fathia.

Ringkasan Drama Adaptasi Novel Stanza Cinta

Dalam drama bersiri 13 episod itu, Nur Fathia memegang watak gadis bertudung dan alim bernama Amni Sorfina yang berdepan cinta tiga segi untuk memilih Irfan Kamal (Aaron Aziz) atau Taufiq (Fizz Fairuz).

Sementara itu, Along Kamluddin berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu insiden yang serius sebaliknya kejadian berkenaan telah diselesaikan dengan cara baik.

Gambar Pengarah Along Kamaluddin
 Gambar Along Kamaluddin, Pengarah Drama Stanza Cinta

Along Kamlauddin berpendapat, disebabkan Nur Fathia baru pertama kali mendapat peranan besar dalam drama tersebut, tidak mustahil dia menghadapi tekanan emosi yang sukar dikawal.

"Saya tidak mahu keruhkan keadaan. Saya melihat sebelum ini, tiada orang pernah bimbing dia dalam lakonan. Mungkin sebab itu, dia tertekan selain ada masalah peribadi lain," kata Along Kamaluddin.

Drama yang diadaptasi daripada novel Stanza Cinta tulisan Nurull Halawati itu turut dibintangi Fadhilah Mansor, Amanda Misbun, Izreen Azminda, Chomel Fana, Datuk Jalaludin Hassan, Muniff Isa, Azhar Sulaiman dan Hilal Azman. -MStar.

Klik Sini - Betul Ke Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Pengacara Imam Muda) Cedera Parah Kemalangan Jalan raya?

P/s: Jangan lupa saksikan drama Stanza Cinta bersiaran sejak 19 Jun lalu pada setiap Ahad pukul 9 malam di TV3. Best juga penulis tengok drama Stanza Cinta, agak-agak rating akan naik macam drama Nora Elena tak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nur Fathia Artis Panas Baran Mengamuk Besar Kepala By Mohd Rohaizad. Published: 22.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...