CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nur Fazura & Neelofa Bergaduh? Bertudung Dalam Tahajjud Cinta


Betul Ke Nur Fazura & Neelofa Bergaduh? Mereka Bertudung Dalam Drama Tahajjud Cinta!

Tiba-tiba timbul kontroversi hubungan dua aktres jelita Malaysia iaitu Nur Fazura atau Fazura dengan Neelofa dikatakan sedang berdepan dengan masalah gaduh. Kononnya ianya berpunca daripada sikap dan tindakan Neelofa yang dikatakan telah mengaitkan Nur Fazura dengan kisah peribadinya. Setelah mengetahui cerita itu, Nur Fazura dikatakan bengang dan mengamuk. Malah, Nur Fazura turut meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Neelofa yang merupakan Dewi Remaja 2011.

Kata Nur Fazura, dia tidak pernah kisah dengan siapa pelakon baru itu hendak bercinta mahupun berkawan, cuma jangan sekali-kali menyentuh atau melibatkan dirinya terutama sekali melibatkan dengan bekas buah hatinya.
Gambar Nur Fazura Bertudung Drama Tahajjud Cinta
Gambar Nur Fazura Cun Hot Bertudung Dalam Tahajjud Cinta

"Saya tak pernah ada masalah dengan Neelofa. Malah, saya tak kisah dia nak kawan dengan sesiapa pun kerabat ke, VIP ke, duda ke terpulang kepada dia. Tapi yang saya kecewa, bila dia telah melibatkan nama saya sekali," kata Nur Fazura kepada wartwan hiburan mengulas mengenai isu pergaduhannya bersama Neelofa si Dewi Remaja 2011 itu.

Nur Fazura juga dikatakan tidak selesa apabila namanya turut dikaitkan dengan Neelofa yang dikatakan telah diburu lelaki kenamaan yang dikatakan turut mempunyai gosip hubungan dengannya. Semasa ditemui pada majlis pelancaran drama Tahajjud Cinta, ujar Nur Fazura, dia sendiri terkejut apabila namanya sering dikaitkan dengan kelompak rakan-rakan pelakon baru tersebut.

"Cerita yang diperkatakan oleh mereka ini sama sekali tidak benar. Dan, saya mendapat tahu hal ini pun daripada rakan-rakan dia juga. Tolonglah, jangan libatkan saya dengan kisah dia. Saya juga tidak ada kena mengena dengan mana-mana kenamaan, kerabat atau apa juga yang berkaitan dengannya," jelas Nur Fazura dengan penuh kesal.

Nur Fazura mengharapkan agar kisah tersebut hilang begitu sahaja, duta Lux ini berkata, dia sememangnya tidak mempunyai masa untuk melayan perkara melibatkan Neelofa itu.

"Saya tak nak layan sangat benda macam ini kerana matlamat saya hanya mahu berjaya dalam bidang lakonan. Saya tak ada masa nak layan benda-benda yang remeh seperti ini dan satu sahaja pinta saya, kalau dia nak keluar atau berkawan dengan siapa sahaja silakan. Tapi, tolong jangan kaitkan nama saya lagi wahai Neelofa," kata Nur Fazura mengakhiri perbualannya bersama wartawan Murai.

Tengok Video Nur Fazura Seksi Di Galaksi Kontroversi Gosip Artis Malaysia







Apa komen mohdrohaizad.com - Penulis tengok si Neelofa ratu Dewi Remaja ini memang suka cari pasal kan? Dahlah tiba-tiba kaitkan dengan Nur Fazura, tidak pasal-pasal si akak ini mengamuk. Kenapa ya Neelofa nak bergaduh dengan Nur Fazura? Pasal berebut jantanlah kes ni. Apa-apapun, jangan lupa saksikan Drama Tahajjud Cinta yang menyaksikan ramai artis Malaysia wanita bertudung, termasuklah Nur Fazura sendiri. Watchout!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nur Fazura & Neelofa Bergaduh? Bertudung Dalam Tahajjud Cinta By Mohd Rohaizad. Published: 30.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...