CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Papagomo.com & Datuk T Fitnah Johari Abdul PKR


Betul Ke Papagomo.com & Datuk T Fitnah Johari Abdul PKR?

Dibawah merupakan petikan penuh daripada blog PapaGomo yang secara terang-terangan cuba untuk menipu dan mengalih perhatian rakyat lagi. Dahlah penyebaran video seks ala hitam putih keluaran siam dijadikan bukti oleh Datuk T dengan pelakon upahan diambil kononnya pelanduk seiras untuk menjatuhkan nama orang didalam politik terutamanya dalam kes video seks mirip Anwar Ibrahim.

Tengok Video PapaGomo & Datuk T Fitnah Datuk Johari Abdul PKR





Petikan PapaGomo Fitnah Datuk Johari Abdul

Video di atas adalah rakaman Asli dan ianya adalah Tulen 100%. Datuk Johari Abdul di persilakan untuk SAMAN Tan Sri Rahim, Dato Eskay dan Dato Shuib jika ianya bukan rakaman yang asli dan Sohih.

Rakyat harus sedar bahawa ini lah Politik yang di amalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang mana walaupun kebenaran sudah di depan mata dan turut di akui namun apabila kerana wang ringgit maka Kebenaran yang sewajarnya di perjelaskan kepada Rakyat di Tutup.

Ingatlah semua bahawa waktu rakaman Video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim di pertontonkan beliau Dato Johari Abdul telah mengakui pelakon di dalam Video Seks tersebut adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Gambar Datuk Johari Abdul Difitnah Papagomo dan Datuk T
Gambar Datuk Johari Abdul Yang Kononnya Akui Pelaku Video Seks Ialah Anwar Ibrahim

Namun demikian apabila merasakan WANG yang menjadi keperluannya maka Dato Johari Abdul telah menuntut dari Dato Eskay Wang Tunai sebanyak Rm1 Juta ringgit dan meminta agar di sediakan Wang RM 1 Juta bagi setiap orang yang akan keluar dari PKR setelah menonton Video Seks tersebut.

"Datuk Johari Abdul meminta wang pendahuluan sejumlah RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu", kata Datuk Shazryl EskayAbdullah

Datuk Johari Abdul membuat permintaan itu selepas berpuashati apabila menonton video kontroversi itu. Beliau tidak dapa mengadakan wang itu dengan kadar segera tetapi mengaku telah memberikannya separuh daripada jumlah itu.
Keesokkan harinya Datuk Johari membawa lima lagi MP PKR untuk menonton video seks Anwar itu, mereka adalah Lima dari MP PKR itu ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Selepas itu Datuk Johari meminta sejumlah RM 1 juta seorang daripada Datuk Shazryl dengan jumlah semua RM 7 Juta semuanya. "Bila (permintaan sebegini) ini berlaku, kita pun buat keputusan tolak (permintaan Johari)," kata seorang lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik."

Gambar Datuk Johari Abdul Ditunjuk Jam Omega Oleh Datuk Eskay
Gambar Datuk Johari Abdul Ditunjuk Jam Omega Oleh Datuk Eskay

Petikan Akhbar

Tak lupa juga mengenai JAM OMEGA yang Anwar Ibrahim kata ada dalam simpanannya. Dalam Video sudah jelas bahawa Jam Omega milik Anwar Ibrahim berada dalam simpanan Dato Eskay yang kini telah di serahkan kepada pihak Polis.

Mohon Kak Wan untuk membuktikan bahawa jam Tangan Omega yang di tunjukkan di dalam Video itu adalah Palsu dan hanya Jam Murah yang di beli Dato Eskay di Chow Kitt. Kami juga minta Dato Johari Abdul Jawap kepada Rakyat Malaysia apakah Video yang di pertontonkan ini PALSU. -Papagomo.com.


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis sudah tengok video yang dipaparkan oleh PapaGomo, memang selalu cuba putar belit fakta yang disampaikan melalui penulisan blog oleh si PapaGomo ini. Apa kata para pembaca tengok video dokumentari perbuatan fitnah video seks hitam putih buatan Thailand Siam melalui link yang penulis paparkan di atas. Semoga kita semua memperoleh petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T. tentang siapa sebenarnya perosak bangsa, agama dan negara.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Papagomo.com & Datuk T Fitnah Johari Abdul PKR By Mohd Rohaizad. Published: 29.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...