CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PEKIDA Mahu David Teo & Yusof Haslam Mohon Maaf


Betul Ke PEKIDA Mahu David Teo & Yusof Haslam Mohon Maaf?

Isu PEKIDA hendak saman David Teo dan Yusof Haslam bersambung dengan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua penerbit filem Kongsidan KL Gangster untuk meminta maaf secara terbuka.

Kedua-dua penerbit itu ialah Datuk Yusof Haslam dari Skop Production yang menerbitkan KL Gangster dan David Teo dari Metrowelth Movie Productions (Kongsi).

PEKIDA Ugut Bawa Isu Ke Parlimen Jika Tidak Minta Maaf

Katanya, jika kedua-dua penerbit filem tersebut enggan berbuat demikian mereka akan membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan termasuk ke Parlimen.

ayahanda pekida
 Gambar Ahli Pekida Roslan Dahaman dan Mohd Hussain Shafie

"Isu kedua-dua filem ini telah menyentuh sensitiviti pertubuhan Pekida. Kami memberi masa selama tujuh hari untuk kedua-dua penerbit itu meminta maaf secara terbuka.

"Mereka yang menimbulkan perkara ini dan sepatutnya bertanggungjawab. Kami hanya meminta mereka meminta maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut," ujarnya pada sidang di pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), di sini, Jumaat.

Majlis sidang media tersebut diadakan berikutan isu penggunaan dialog dan pekara-pekara lain dalam filem tersebut telah menyentuh perjuangan Pekida.

PEKIDA Tidak Mahu Filem Berunsur Gangsterisme Melayu

Tambah Roslan, pihaknya tidak mahu perkara berkenaan berulang kembali sehingga menjadi ikutan kepada penerbit filem tempatan dalam menghasilkan karya masing-masing.

"Saya tidak mahu apa yang dihasilkan dalam dua filem itu menjadi trend penerbit lain apabila mereka mmenghasilkan filem seumpama itu," tuturnya.

ayahanda pekida saman filem
 Gambar Ahli Pekida berkunjung ke pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia bagi membantah filem Kongsi dan KL Gengster

Dalam pada itu, Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie berkata penapisan trhadap filem berkenaan dibuat mengikut garis agensi itu.

"Pihak kami membuat tapisan mengikut empat garis panduan utama iaitu mengambil kira soal keselamatan, kententeraman awam, sensitiviti agama dan tatasusila masyarakat.

"Kedua-dua filem tersebut melepasi keempat-empat tapisan tersebut dan selepas dinilai seramai 70 ahli penal LPFM," katanya.

LPFM Meminta Maaf Melepaskan Filem Kongsi & KL Gengster

Bagaimanapun Hussain berkata pihaknya meminta maaf dan mengaku kesilapan mereka melepaskan kedua-dua filem tersebut.

"Saya dan ahli panel yang menilai filem ini tidak arif tentang sensitiviti yang berkaitan dengan apa-apa juga pertubuhan seperti yang dipaparkan dalam filem ini.

"Kami berjanji selepas ini pemantauan lebih ketat akan dilakukan terutamanya melibatkan sensitiviti segelintir pihak," jelasnya.

Katanya, dia akan membuka peluang kepada ahli Pekida untuk menjadi ahli panel bagi filem-filem akan datang sekiranya ia menjurus kepada pertubuhan tersebut.

P/s: Penulis tidak pasti sama ada David Teo dan Yusof Haslam akan meminta maaf atau tidak, tetapi jika LPFM pun dah meminta maaf diatas kesilapan mereka melepaskan filem Kongsi dan KL Gengster, maka sudah tentu mereka berdua kena memohon maaf untuk mengelakkan isu PEKIDA berlarutan.

-PEKIDA Mahu David Teo & Yusof Haslam Mohon Maaf-

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PEKIDA Mahu David Teo & Yusof Haslam Mohon Maaf By Mohd Rohaizad. Published: 11.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...