CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Permohonan Keahlian RELA Secara Online


Tahukah Anda Kini Permohonan Keahlian RELA Secara Online Telah Dibuka Untuk Rakyat Malaysia?
 
e-RELA adalah satu sistem yang diperkenalkan oleh Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) bagi mewujudkan pendaftaran kemasukan dan penyemakan keanggotaan RELA secara on-line di antara Sistem Maklumat Anggota RELA (SISMAR) di Ibu Pejabat RELA dengan semua Pejabat RELA Negeri, Daerah dan Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah. 


Melalui e-RELA ini, semua Pengarah RELA Negeri, Komandan serta Pegawai RELA Daerah diberi tanggungjawab untuk mendaftar permohonan baru, menyemak atau mengemaskini maklumat seseorang anggota RELA.


Permohonan RELA Secara Online


Syarat - Syarat Am Untuk menjadi Ahli RELA:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur 16 tahun ke atas bagi kaum wanita dan 17 tahun ke atas bagi kaum lelaki.
  • Sihat tubuh badan.
Dikecualikan Menjadi Ahli RELA
  • Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
  • Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
  • Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
  • Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
  • Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.
  • Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
  • Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
  • Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
  • Anggota-anggota Pasukan Polis.
  • Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.
Khidmat Masyarakat RELA


Pertahanan kawasan mengikut konsep mengikut konsep yang digunapakai oleh pasukan Home Guard, iaitu memelihara keselamatan dan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan.


Peranan RELA
  • Keselamatan dan pertahanan sasaran penting dalam kawasan tanggungjawab, jika ada.
  • Perpindahan serta perlindungan penduduk awam ke kawasan penempatan yang selamat
  • Tugas geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh dalam selimut di dalam kawasan tanggungjawab.
  • Tugas pencegahan jenayah bagi kawasan tanggungjawab sehingga diambil alih oleh pihak polis.
  • Tenaga anggota RELA juga boleh digembeling bagi berbagai tujuan mengikut kemahiran masing-masing. 
Di antara kemahiran anggota yang telah dikenalpasti:-
  • Pertukangan dan binaan
  • Juruteknik
  • Pemandu (berat dan ringan)
  • Kemahiran mengguna senjatapi
  • Pasukan RELA dengan hampir sebahagian besarnya anggota berumur di bawah 40 tahun adalah ‘ready material’ untuk kerahan oleh Negara.
Walaupun pasukan RELA diwujudkan sebagai sebuah jentera keselamatan bagi tujuan membantu Negara menghadapi keadaan-keadaan darurat, namun diwaktu aman, pasukan ini mempunyai peranan yang telah menjurus kepada :


Bidang keselamatan RELA


Bidang pembangunan masyarakat (Projek BAKTI RELA).
Tugas-tugas semasa aman dalam bidang keselamatan merangkumi konsep Mata Dan Telinga Kerajaan yang berfungsi seperti :


Mengumpul dan menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti PDRM, Kastam, UPP, Imigresen mengenai sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan setempat.


Menjalankan rondaan pencegahan jenayah sebagai langkah memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan kawasan masing-masing


Apabila timbul keperluan, membuat tangkapan (citizen arrest) ke atas anasir-anasir jahat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.


Kuasa Anggota RELA


Apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak membawa senjata termasuk senjatapi dan menggunakannya bagi melaksanakan kewajipan-kewajipan. “Tanpa mengurangkan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, menangkap tanpa waran seseorang pengganas atau seseorang yang tidak diingini atau mana-mana orang yang ia ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai seorang tidak diingini dan membawa dengan serta merta pengganas atau kepada pegawai polis yang hampir atau seseorang anggota pasukan keselamatan.”


Peranan RELA Dalam Bidang Pembangunan Sosial


Meningkatkan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan setempat khasnya dalam bidang-bidang yang akan menghasilkan kesan geraksaraf yang tinggi.


Bidang-Bidang Yang Dipilih Dalam RELA
  • Pemulihan dan Pembinaan rumah orang daif tujuan membantu Kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan.
  • Gerakan menderma darah secara besar-besaran bertujuan membantu program kesihatan.Membantu agensi-agensi tertentu menyediakan kemudahan-kemudahan asas (projek kecil) di luar bandar.
  • Gerakan membasmi musuh-musuh tanaman di luar bandar.
  • RELA juga mempunyai peranan dalam membantu menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain. 


P/s: Kini pihak kerajaan telah membenarkan permohonan keahlian RELA dibuka secara online. Dulu permohonan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dilakukan di pejabat daerah / negeri kawasan RELA. Anda berminat untuk menyertai sukarelawan RELA dalam membantu negara dimasa diperlukan? Jika ya, marilah mohon menjadi ahli RELA secara online di internet.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Permohonan Keahlian RELA Secara Online By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...