CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pierre Andre Kahwin Kekasih Kerabat Diraja Tahun Depan?


Betul Ke Pierre Andre Kahwin Kekasih Kerabat Diraja Tahun Depan? Begitulah tajuknya, nama Pierre Andre kini seakan sedikit suram, dan pemilik nama lengkap, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre ini dilihat seakan cuba menyepikan seketika kegiatannya di dalam industri seni.
 
Pernah dilanda kontroversi kerana dikatakan bercinta dengan seorang wanita misteri, Pierre kemudiannya membawa kisah cinta jauh daripada pengetahuan semua peminat.

Menyepi daripada menjaja kisah hidupnya, Pierre bagaimanapun tidak pernah sekalipun menyembunyikan hakikat bahawa dirinya sudah mempunyai kekasih.

 Gambar Pierre Andre

Biarpun memilih untuk merahsiakan status sebenar kekasihnya, Pierre tidak menafikan dia kini sedang berkawan rapat dengan gadis berketurunan diraja.

"Satu-satunya cita-cita saya yang masih belum tercapai adalah berkahwin. Setelah tiga tahun berkenalan rapat sudah tentu saya sudah merancang untuk berkahwin dengannya.

"Insya-Allah jika tiada halangan dan sampai jodohnya, kami akan berkahwin tahun hadapan,"jelasnya.

Gambar Pierre Andre Bersama Barisan Para Pelakon Ana Lu'Lu

Pierre Andre Kembali Mengarah 

Setelah lama menyepi tidak bermakna lelaki ini cuci tangan daripada bidang ini, masih lagi aktif biarpun hanya bertindak di belakang tabir, jelas Pierre, dia lebih senang dengan dunia sebegini.

Pierre Andre kembali mengarahkan filem dan drama, kini drama siri arahannya akan menemui penonton di Slot Lestary di TV3.

"Menggandingkan Kamal Adli dan Nora Danish, saya yakin drama ini mampu memberikan kepuasan kepada penonton.

"Tak dinafikan drama ini ada sedikit unsur-unsur drama dari Korea kerana saya akui saya amat meminati drama dan filem keluaran Korea.

"Melihat telatah Nora Danish yang comel, saya dia boleh membawakan watak Ana Lu'Lu dengan baik begitu juga dengan pelakon-pelakon yang lain,"jelasnya lagi. Drama Ana Lu'Lu akan bersiaran di Slot Lestary pada pukul 9 malam, di TV3 mulai 7 Jun ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pierre Andre Kahwin Kekasih Kerabat Diraja Tahun Depan? By Mohd Rohaizad. Published: 1.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...