CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

'Ustazah Pilihan' - Program Realiti Terbitan Astro Oasis


Rancangan 'Ustazah Pilihan' Program Realiti Terbitan Astro Oasis Bakal Menemui Penonton

Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober 2011 depan.

Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.

Kejayaan Imam Muda Pencetus Idea Ustazah Pilihan

“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.

Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan
 Gambar Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan 2011 - Dr Mashitah Ibrahim

“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.

Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Konsep Ustazah Pilihan 2011

Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.

Mereka yang layak akan ditempatkan di ibu kota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dalam aspek hal ehwal semasa.

“Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.

“Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden,” tuturnya.

Format Permarkahan Ustazah Pilihan 2011

Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).

Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.

Lebih istimewa, setiap warga kerja yang terpilih menjayakan program ini adalah di kalangan wanita.

“Kami sedang berusaha untuk merealisasikan bahawa kesemua yang terlibat dalam produksi ini adalah wanita.

“Malah kita mahu penonton yang hadir pada setiap minggu juga di kalangan penonton wanita sahaja,” katanya.

Temuduga Ustazah Pilihan

Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:

9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Syarat Penyertaan Ustazah Pilihan

Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

P/s: Alhamdulillah, syukur program Ustazah Pilihan bakal dilancarkan menemui para penonton dalam masa terdekat. Boleh buat bakal calon isteri nanti. Hehehe.. Terima Kasih Astro Oasis. Penulis suka program realiti macam ini.


'Ustazah Pilihan' - Program Realiti Terbitan Astro Oasis

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

'Ustazah Pilihan' - Program Realiti Terbitan Astro Oasis By Mohd Rohaizad. Published: 7.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...