CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Projek Pistol - Album Stereo Amanda


Kumpulan Band Projek Pistol Terbit Album Stereo Amanda.

Kemajuan teknologi dan Internet walaupun dipandang secara positif namun ia turut memberi tekanan kepada artis tempatan untuk terus bertahan dalam industri hiburan tanah air Malaysia.

Kebanyakan golongan pendengar muzik generasi kini lebih cenderung memuat-turun lagu yang digemari berbanding mengeluarkan duit poket untuk membeli album seseorang penyanyi itu.

Situasi yang berlaku membuatkan syarikat rakaman takut untuk menerbitkan album baru penyanyi, sama ada penyanyi solo atau pun berkumpulan band.

Bagi kumpulan Projek Pistol yang dianggotai oleh Edrie Hashim (gitar), Zham atau nama sebenarnya, Kamarul Izham Ahmad Badri, (bass), Boy (Clifford Hugh Joseph, vokalis) dan Pa‘e (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir, pemain drum), mereka tidak gentar untuk tampil dengan album sulung, Stereo Amanda sebagai tanda kelangsungan mereka di persada seni tanah air.



 Gambar Kumpulan Projek Pistol - Album Stereo Amanda

“Teknologi yang canggih juga merupakan risiko yang perlu dihadapi dalam dunia hiburan hari ini dan kita orang sedar, ia bukan hanya berlaku di negara kita tetapi juga di seluruh dunia.

“Namun dalam apa juga bidang, tidak boleh dinafikan risiko tetap ada. Cuma apa yang penting di sini, kita band Projek Pistol tidak cepat melatah.

“Sebaliknya, perlu berusaha mencari jalan terbaik untuk berhadapan dengan risiko supaya kesan yang tidak memihak kepada kita, dapat dikurangkan,” kata Projek Pistol secara beramai-ramai kerana mereka tidak melantik seorang jurucakap ketika ditemui wartawan.

Tambah band Projek Pistol lagi, dalam meneruskan perjuangan seni, semangat yang ada perlulah kental dan berpegang kepada prinsip iaitu tiada apa yang perlu dirisaukan. Hal ini kerana, ujar mereka, penanda aras sesuatu kejayaan artis itu tidak terletak kepada jumlah jualan album. Bagi kumpulan Projek Pistol, andai kata jualan album kurang memuaskan, itu juga tidak bermakna kehadiran mereka dalam industri hiburan, tidak dihargai peminat.

“Suka atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa lagu yang dimuat-turun oleh peminat adalah petanda bahawa lagu kita disukai.

“Mungkin tindakan memuat-turun lagu kegemaran mereka boleh membuatkan hasil karya kita lebih dekat dengan peminat.

“Apa pun keadaan yang berlaku, peminat tetap kenal dan suka dengan lagu yang dihasilkan,” ujar band Projek Pistol secara jujur.

Seluruh ahli Projek Pistol berpendapat, penerimaan peminat merupakan penentu hala tuju seseorang penyanyi untuk kekal dalam industri hiburan. Hal ini kerana, bagi mereka, peminat adalah tulang belakang untuk seseorang artis itu bertahan lama dalam karier mereka kerana tanpa sokongan peminat memang akan susah untuk terus berkarya.

Kumpulan Projek Pistol Ke Konsert Showcase Jelajah Borneo

Bermula dengan hari ini, Projek Pistol akan mengadakan showcase Jelajah Borneo. Jelas mereka, antara lokasi yang pilihan untuk menghiburkan peminat ialah Tawau (29 Jun), Kota Kinabalu (1 Julai), Kuching (2 Julai) dan Miri (6 Julai). Showcase Projek Pistol dizahirkan setelah mendapat maklum balas daripada peminat menerusi laman sosial Facebook (FB).

“Mungkin agak pelik apabila showcase kami tidak dilakukan di Semenanjung seperti mana kelaziman yang sering dilakukan oleh penyanyi-penyanyi lain.

“Kami menghargai semua peminat namun apabila melalui Facebook, ramai peminat tegar kami datangnya dari sebelah sana (Sarawak) maka kami sepakat untuk memulakan siri jelajah persembahan kami di Sarawak.

“Bagi peminat di Semenanjung yang ingin menyaksikan persembahan Projek Pistol, kami harap mereka bersabar sebelum perancangan membuat showcase di semenanjung Malaysia.

“Insya-Allah sekiranya showcase di Sarawak mendapat sambutan hangat, kami akan cuba untuk mengadakan showcase di sini pula,” kata Projek Pistol yang popular dengan lagu Wanita Seluruh Dunia itu. -Hitz.

Tengok Video Youtube Band Projek Pistol - Lagu Wanita Seluruh Dunia.






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Kumpulan Projek Pistol melalui album Stereo Amanda boleh tahan juga. Penulis jangka band Projek Pistol pasti akan meningkat naik jika mereka memang serius untuk bertahan dalam industri seni ini. Kepada peminat-peminat Projek Pistol, jangan lupa saksikan showcase jelajah Borneo oleh mereka ya. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Projek Pistol - Album Stereo Amanda By Mohd Rohaizad. Published: 30.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...