CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Punca, Rawatan & Pencegahan Kanser Menurut Perubatan Ekologi


Rencana: Punca, Rawatan & Pencegahan Kanser Menurut Perubatan Ekologi 
 
Dr V.M. Palaniappan kini berusia 73 tahun tetapi penampilan serta semangat beliau tidak menunjukkan usia sebenar.
 
Lebih mesra dikenali sebagai Dr Palani, bekas profesor ekologi Universiti Malaya ini masih mampu membaca tanpa menggunakan kaca mata, tiada masalah dengan pendengaran malahan dapat menggigit dan mengunyah makanan keras dengan set gigi beliau yang masih dalam keadaan baik.

Pemikirannya masih tajam, beliau bercakap lancar dengan suara yang tegas dan tiada pula kedut atau kerut di muka mahupun anggotanya.

"Tekanan darah saya ialah 117/67 dan kadar denyutan nadi ialah 65," kata Dr Palani kepada penulis selepas pelancaran buku ke-16 beliau bertajuk 'Barah: Punca, Rawatan dan Pencegahan' di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, bagi Dr Palani, awet muda hanya satu daripada aspek Sistem Penyembuhan Ekologi (EHS) yang beliau rintis 36 tahun lepas.

Lebih penting lagi, pengamal perubatan tradisional ini percaya EHS adalah kunci bagi pencegahan dan penyembuhan kepada banyak masalah kesihatan termasuk penyakit yang digeruni seperti barah.

Hipotesis Alternatif Dr Palani Tentang Punca, Rawatan & Pencegahan Kanser

Walaupun berlatar belakang saintifik, Dr Palani mencabar fahaman konvensional akan asal-usul penyakit termasuk barah dan kaedah rawatan mereka.

Dan bercakap mengenai kanser, berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian beliau, Dr Palani telah muncul dengan hipotesis sendiri mengenai asal-usul barah.

"Semua kanser berpunca daripada kalsium bebas berlebihan yang terkumpul pada tisu-tisu lembut oleh kerana kurang buang air (tidak kira kuantiti air yang diminum), makan dengan cepat, banyak berpeluh, mengelakkan daripada makanan dan buah-buahan bersifat asid, pendedahan yang kurang atau berlebihan pada sinaran matahari, terlalu banyak memakan makanan yang kaya atau yang diperkayakan dengankalsium dan sembelit kronik.

"Oleh itu semua jenis kanser berpunca kerana kalsium yang terkumpul dalam sel-sel dan ia boleh dicegah," dan menambah kata bahawa masih belum ada penawar bagi kanser sehingga kini kerana masyarakat saintifik mencari jawapan di tempat yang salah.

Dalam bukunya sebelum ini Dr Palani menjelaskan bahawa pengambilan kalsium secara berlebihan menyebabkan obesiti serta gangguan kesihatan lain. Beliau juga menunjukkan bahawa kekurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis.
 
Adakah Dr Palani Mempunyai Jawapan Rawatan Kanser

Dr Palani dalam bukunya menjelaskan punca dan rawatan bagi 31 jenis kanser serta langkah-langkah pencegahan kanser. Untuk menyokong hipotesis ini beliau menunjukkan lebih 360 rujukan dalam bidang onkologi.

Beliau mendakwa bahawa EHS mampu menyembuh hingga kanser paling berbahaya yang telah sampai ke Peringkat III, tanpa menggunakan steroid, kemoterapi, krioterapi, radiasi, pemindahan sel stem, rawatan hormon, skala nano dan/atau terapi genetik seperti terapi telomerase, melalui pembedahan dan tanpa pembedahan.

Bagi Dr Palani tiada tempat bagi ubat-ubatan ataupun rumusan kimia untuk menyembuh kanser atau mana-mana penyakit lain. Ia lebih mengenai pengurusan sistem fisiologi dan mencapai pH atau imbangan asid alkali yang tepat.

Para pesakit kanser perlu elakkan makanan dan minuman yang diperkaya dengan kalsium dan beliau sebaliknya mengesyorkan lebih banyak pengambilan karbohidrat dan lemak. Beliau tidak mengesyorkan diet yang kaya dengan protein kerana ini akan menghakis kalsium tulang. Sebaliknya makanan berasid yang melarut atau menuetral kalsium disyorkan, dan yang sangat berciri alkali ada baiknyadielakkan.

Salad yang tidak dimasak mengandungi banyak kalsium dan oleh itu tidak disyorkan. Beliau juga mengesyorkan meminum 2.5 liter air yang ditapis setiap hari untuk mengeluarkan kalsium berlebihan selain menggalakkan tabiat buang air secara liberal.

Beliau juga berkata air yang ditapis ini boleh digantikan dengan air hujan atau air suling bagi meningkatkan lagi penyingkiran kalisum berlebihhan daripada tubuh.  

Senaman Mampu Merawat Kanser

Menurut beliau, mereka yang sihat hanya perlu mendedahkan tubuh pada sinaran matahari sederhana. Bagaimanapun, mereka dengan sista, fibroid, gumpulan, tumor lain, dan/atau kanser harus elakkan pendedahan kepada cahaya matahari secara keterlaluan kerana tubuh menghasilkan vitamin D yang membantu membebaskan molekul kalsium yang akan mengikat dengan sel-sel malignan.

Oleh itu sista, gumpulan dan tumor bertumbuh lebih cepat dan membahayakan lagi keadaan.

Lagipun, sinaran kuat matahari mendorong peluh yang banyak hingga menyebabkan seseorang kurang membuang air dan ini boleh menyebabkan kalisum terkumpul dalam tubuh.

EHS juga mencadangkan beberapa latihan yang tidak menyebabkan seseorang berpeluh seperti meniup udara, menarik nafas dan menggosok tubuh. Banyak lagi penyelesaian yang ditawarkan di bawah EHS dalam buku beliau dan terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

Walaupun pembaca mungkin bingung dengan banyak daripada petua rawatan Dr Palani yang di luar kelaziman, mereka tidak boleh lupa bahawa banyak daripada cadangan beliau ini turut dikongsi oleh rakan-rakannya dalam dunia saintifik.

Contohnya Carmen Rodriguez dari American Cancer Society menunjukkan peranan kalsium dalam kalsium prostat.

Mereka yang mengambil 2000 mg atau lebih kalsium sehari menghadapi empat kali lebih risiko mengalami kanser prostat berbanding mereka yang mengambil kurang 50mg.

Buku ini menawarkan banyak penjelasan terperinci mengenai pelbagai jenis kanser, punca dan rawatan bagi mereka, dan para pembaca boleh menilai sendiri alternatif yang ditawarkan dalam buku ini (vmpalani@streamyx.com). (Bernama)

P/s: Penulis mendapati rencana Punca, Rawatan & Pencegahan Kanser Menurut Perubatan Ekologi oleh Dr Palani mempunyai info yang menarik untuk dikongsi mengenai kesihatan kita. Penulis berharap anda semua menjaga kesihatan dan mengamal gaya hidup yang sihat agar dapat mengelak dihingapi penyakit. Tadi penulis ada tengok Astro Oasis yang menyiarkan rencana dokumentari yang penyakit HIV/AIDS, Kanser dan penyakit yang lain ada penawarnya dan mampu dirawat dengan menggunakan tenaga elektrik, malah infomasi ini kurang mendapat pendedahan disebabkan ada kontroversi yang mampu bankrapkan industri farmasi dan dunia perubatan disebabkan kosnya yang amat murah dari kos perubatan terkini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Punca, Rawatan & Pencegahan Kanser Menurut Perubatan Ekologi By Mohd Rohaizad. Published: 17.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...