CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rabbani Berdakwah Sambil Berniaga Cara Islam


Tahukah Anda Kumpulan Nasyid, Rabbani Berdakwah Sambil Berniaga Cara Islam?

Kumpulan nasyid Rabbani bukan sahaja berdakwah menerusi lagu, tetapi Rabbani terut mendekati peminat melalui perniagaan secara Islam. Selepas menubuhkan Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd (RTT), Rabbani kini meneroka cabang perniagaan baru pula iaitu sebagai perancang perkahwinan iaitu Rabbani Wedding Planner (RWP) yang beroperasi di Bangi, Selangor.

Azadan Abdul Aziz yang mewakili anggota kumpulan nasyid itu berkata, selama Rabbani bergiat aktif dalam arus perdana dunia seni nasyid, Rabbani selalu mendapat undangan membuat persembahan nyanyian dan membaca doa pada majlis perkahwinan. Dari situlah lahir ilham membuka Rabbani Wedding Planner yang termasuklah pakej lengkap bertunang, katering, berinai dan kostum pengantin yang mengikut syariat Islam (Cara Perkahwinan Yang Dibenarkan Islam).

Rabbani Wedding Planner Mengikut Syariat Islam

"Adakala kami turut bermain kompang bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Lalu kami terfikir elok juga membuka perniagaan baru ini yang menyediakan pakej lengkap dari Rabbani.

"Selama berbelas tahun kami berada dalam bidang seni, Rabbani sudah ada ramai kenalan yang dapat membantu kami melancarkan lagi perjalanan Rabbani Wedding Planner. Pakej lain yang kami tawarkan termasuk mengadakan majlis pertunangan, berbulan madu, cukur jambul dan akikah. Kami mahu menjadikan Rabbani Wedding Planner sebagai pusat setempat buat seisi keluarga yang mahu mengadakan pelbagai majlis keramaian yang menarik untuk pelanggan.

"Kami ingin apa yang kami usahakan ini dapat diteruskan generasi Rabbani yang seterusnya. Semua anak anggota Rabbani kian membesar dan kami mahu meninggalkan sesuatu buat mereka bagi meneruskan perjuangan. Malah kalau Allahyarham Ustaz Asri (Asri Ibrahim) masih ada, tentu dia juga merestui apa yang kami usahakan ini," kata Azadan Abdul Aziz.

Gambar Rabbani Wedding Planner RWP
 Gambar Rabbani - Kumpulan Nasyid No.1 Di Malaysia

Kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan walimatulurus, hubungi Rahmat atau Mazlan Omar di talian 03-8925 4781 atau 013-3852895.
 
"Apa yang penting segala yang kami sediakan mengikut kehendak agama Islam. Dalam kita bergembira meraikan insan yang disayangi, apa saja yang kita lakukan mestilah mematuhi kehendak Allah dan rasul-Nya," kata Azadan Abdul Aziz lagi.

Dinar Rabbani - Perniagaan Pelaburan Emas

Di samping itu, Rabbani juga terbabit dalam perniagaan emas yang dinamakan Dinar Rabbani. Sekeping syiling emas seberat 4.25 gram dijual pada harga RM710. Ia adalah dinar emas 999 yang berkualiti tinggi.

Menurut Azadan Abdul Aziz, wang emas sudah digunakan sejak zaman Rasulullah lagi kerana pada waktu itu orang Arab menyamakan harga seekor kambing dengan satu dinar emas.

Dengan dua perniagaan baru ini, jelas Azadan, Rabbani turut menawarkan kepada bakal pengantin baru yang membeli 10 keping Dinar Rabbani sebagai mas kahwin atau wang hantaran dan Rabbani Wedding Planner akan menaja majlis perkahwinan mereka. "Sebenarnya, fungsi Dinnar Rabbani sebagai adalah untuk menggalakkkan kita sebagai orang Islam mengikut sunnah Rasulullah. Sebab di akhirat harta benda tak bernilai kecuali dinar emas."

Dalam kesibukan Rabbani menguruskan dua perniagaan baru itu, mereka turut menganjurkan Pakej Umrah Bersama Rabbani yang dijadualkan pada 5 hingga 18 Julai pada harga berpatutan. Anda berminat? Sila hubungi 03-8927 5928.

Tengok Video Muzik Nasyid Rabbani (Lagu Cari Pasangan)






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Kumpulan Rabbani yang penulis kenali cukup kuat berdakwah, bukan sahaja dalam Malaysia malah di luar negara. Alternatif perniagaan Rabbani yang berniaga cara Islam tentu menarik perhatian masyarakat Islam di Malaysia. Anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan Rabbani yang bercorak Islamik?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rabbani Berdakwah Sambil Berniaga Cara Islam By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...