CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rabecca Nur Keguguran Kandungan Anak Sulung (Menangis Kesedihan)


 Betul Ke Rabecca Nur Mengalami Keguguran Kandungan Anak Sulung (Menangis Kesedihan)?

Pelakon jelita, Rabecca Nur Al-Islam berumur 25 tahun, menganggap keguguran kandungannya yang baru mencecah usia dua bulan sebagai tiada rezeki.

Dia yang pada mulanya mengalami pendarahan dan sakit perut dikejarkan ke Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.

Rabecca Nur Al-Islam Sakit Berlaku Pendarahan

“Pada malam kejadian saya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Suami saya bawa ke hospital dan apabila diperiksa bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa.

Rebecca Suami Anak Keguguran Kandungan
 Gambar Rebecca Suami & Anak Di Hospital

“Kemudian doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Kata doktor bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia tanpa saya sedari,” katanya.

Tambah Rabecca, dia masih lagi berasa terkejut, kecewa dan sedih dengan kejadian yang menimpanya.

Rabecca Nur Al-Islam Menangis Kesedihan

“Ketika mendapat tahu perkara tersebut saya tak henti menangis, mungkin saya terlalu berharap untuk mendapatkan bayi.

“Alhamdulillah, suami saya sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan agar tidak terlalu bersedih dengan apa yang sudah berlaku itu,” katanya yang dijangka keluar pusat perubatan berkenaan Khamis.

Rabecca Nur Al-Islam & Nor Azam Sulaiman

Rabecca telah mendirikan rumah tangga bersama seorang peguam Nor Azam Sulaiman pada 15 Januari lalu dan mempunyai seorang anak angkat bernama Nor Adam Danie yang kini berusia tiga tahun.

Katanya, sejak mengetahui dirinya mengandung, dia sudah menolak semua tawaran berlakon untuk berehat buat sementara waktu.

P/s: Penulis berharap Rebecca kembali kuatkan semangat, Insya Allah akan ada rezeki lagi nanti. Semoga Rebecca sihat untuk aktif semula dalam dunia hiburan.


Rabecca Nur Keguguran Kandungan Anak Sulung (Menangis Kesedihan)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rabecca Nur Keguguran Kandungan Anak Sulung (Menangis Kesedihan) By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...