CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Radhi (OAG) Kembali Selepas Pemulihan Dadah Di PENGASIH


Tahukah Anda Yang Radhi (OAG) Sudah Kembali Membuat Persembahan Selepas Pemulihan Dadah Di PENGASIH?

Tentu anda tertanya-tanya, kemana hilangnya Radhi OAG sebelum ini kan? Setelah lama menyepi sebab berada di PENGASIH, penyanyi Muhammad Radhi Razali berusia 33 tahun, (Radhi (OAG)) sudah kembali untuk membuat persembahan pentas sejak menjalani pemulihan dadah lima bulan lalu.

Kali terakhir dia mengadakan persembahan pada Disember tahun lalu sempena Konsert Rock The World.

Radhi OAG Buat Persembahan Bersama Kumpulannya

Pada 25 Jun ini, Radhi akan membuat persembahan di Downtown@Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang dengan kumpulan barunya, Outlet. Ia akan diadakan pada pukul 8.30 malam.

Outlet merupakan kumpulan muzik yang terdiri daripada ahli Pengasih termasuklah dua rakannya iaitu Hafizi Harun (dram) dan Muhammad Kamil Muhammad Muazam (gitaris).

Radhi OAG Pemulihan Dadah
 Gambar Radhi OAG Selepas Pulih Ketagihan Dadah Di PENGASIH

"Ini merupakan persembahan saya yang pertama sejak menjalani pemulihan di sini. Saya akan membawakan konsep berlainan dengan mengubah rentak lagu dan cara nyanyian.

"Saya akan menyanyikan lagu lama daripada kumpulan OAG dan lagu baru yang dicipta di sini dua minggu lalu," katanya dalam satu sidang media di Rumah Pengasih, di sini, Rabu.

Radhi OAG Tubuhkan Outlet

Katanya, walaupun telah menubuhkan Outlet tetapi kumpulan OAG masih lagi wujud.

Sementara itu menurut Radhi, selain berhenti daripada mengambil dadah dia turut mampu berhenti merokok sejak tiga minggu lalu. Daripada situ, tercetusnya idea untuk dia menghasilkan lagu Aku Perokok Bodoh.

Lagu kedua yang dihasilkan adalah lagu Tears Spark Street yang mengisahkan tentang dunia luarnya dalam penagihan.

"Selepas ini saya akan menyanyikan lagu bermesej positif dan saya berharap peminat dan keluarga dapat memberikan sokongan terhadap kami," ujarnya.


P/s: Syukur Radhi OAG sudah kembali membuat persembahan pentas selepas pemulihan dadahnya di PENGASIH. Diharap para peminat OAG terutamanya yang meminati Radhi OAG memberinya peluang kedua dalam industri seni tanah air kita. Kepada Radhi OAG, penulis harap Radhi jangan ulangi lagi dengan ketagihan najis dadah, sayangilah diri dan keluarga anda.

~ Radhi (OAG) Kembali Selepas Pemulihan Dadah Di PENGASIH ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Radhi (OAG) Kembali Selepas Pemulihan Dadah Di PENGASIH By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...