CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rahsia Chef Wan Nampak Muka Awet Muda


Tahukah Anda Rahsia Chef Wan Nampak Muka Kekal Awet Muda?

Ya! Chef Wan awet muda dan tidak nampak tua kan? Chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) berumur 53 tahun, mendedahkan rahsia awet mudanya setelah berjumpa dengan produk minuman kesihatan Mavellous enam bulan lalu.

Menurut bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini, ramai yang menegur kulitnya menjadi tegang dan wajahnya kelihatan lebih muda berbanding usianya.

Malah, Serina turut menjadi salah seorang wakil pengedar Mavellous.

Chef Wan Dan Serina Duta Wakil Pengedar Mavellous

"Saya rasa teruja apabila dilantik menjadi duta produk ini dan tidak kisah tentang bayaran yang ditawarkan," katanya ketika ditemui di Bangsar, di sini, Selasa.

Minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan mati pucuk.

Rahsia Chef Wan Kekal Muda Dengan Campuran Buah-Buahan

Produk ini dibuat daripada campuran buah-buahan seperti anggur, beri dan ceri.

Dia berkata, setelah menggunakan produk itu badannya juga menjadi segar dan bertenaga lebih-lebih lagi waktu rehatnya sering terganggu akibat kerja yang tidak menentu.

Chef Wan Awet Muda
 Gambar Chef Wan Awet Muda dan Sentiasa Senyum Menawan

"Saya rasa untuk muda tak perlukan suntikan dan rawatan lain yang boleh mendatangkan kesan buruk. Produk ini mampu menghalang seseorang mendapat kanser sel darah dan membuang toksin dalam badan.

"Saya mengesyorkan produk ini kerana ia sangat bagus terutama kepada mereka yang berumur," ujarnya.

Chef Wan Jadi Guru Masterchef Australia

Dalam perkembangan lain, dia bakal menjadi tenaga pengajar kepada dua orang peserta program realiti masakan Masterchef Australia yang layak ke peringkat separuh akhir.

Lebih menarik, dia juga akan mengacarakan program televisyen 26 episod berjudul My Family Feast Asia di saluran SBS Australia.

Program ini akan menampilkan pelbagai perayaan melibatkan budaya di Asia termasuk Hari Gawai, bulan puasa, perkahwinan Melayu dan Hari Thaipusam.

Selain itu, dia akan terlibat dalam program jelajah Ayamas di gedung membeli-belah Carrefour dan Giant di sembilan buah lokasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Chef Wan Lancar Buku Masakan - Best Wan Flavour Malaysia

Pada Julai ini, Chef Wan juga akan melancarkan buku masakannya berjudul Best Wan Flavour Malaysia di Pulau Pinang.

Chef Selebriti Terbaik Dunia 2009 di Gourmand Award, Perancis ini juga merupakan duta beberapa pertubuhan seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Duta Makanan Kementerian Pelancongan dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.


P/s: Pada pendapat penulis, dengan umur sebegitu Chef Wan masih lagi kuat dan yang penting nampak muka awet muda. Kalau orang lain dah tak larat, masa habis-habis dok rumah ja. Penulis tabik dengan Chef Wan yang terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. CHEF WAN MEMANG BEST! Tidakkah anda fikir Chef Wan akan jadi lagenda dunia masakan negara kita?

~ Rahsia Chef Wan Nampak Muka Awet Muda ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rahsia Chef Wan Nampak Muka Awet Muda By Mohd Rohaizad. Published: 14.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...