CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam - Isu Pendermaan Organ


Untuk makluman semua, orang ramai dijemput menghadiri Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam dengan kupasan tajuk isu "Jari'ah Alat Ganti" (Pendermaan Organ) dan "Ingat Sebelum Melarat" (Amalan Cara Hidup Sihat).

Tarikh             : 24 Jun 2011

Masa               : 8.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat           : Auditorium Kompleks E, Putrajaya

Tetamu Khas : YB Datuk Rosnah Bt Hj. Abd Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

Moderator: Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Poster Forum Perdana Ehwal Islam
Gambar Poster Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam

Jariah Alat Ganti (Pendermaan Organ)

Topik pertama iaitu tentang Jariah Alat Ganti (Pendermaan Organ) akan disampaikan oleh Ustaz Hj Kipli Hj Yassin, Mufti Negeri Sarawak bersama dengan Datin Dr Lela Yasmin Mansor, Ketua Pengurus Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.

Ingat Sebelum Melarat (Amalan Cara Hidup Sihat)

Topik kedua pula berkenaan Ingat Sebelum Melarat (Amalan Cara Hidup Sihat) yang akan disampaikan oleh Ustaz Azhar Tuarno, Imam Masjid Negara bersama Dr Hmeed Noor Norddin, Pegawai Pendidikan Kesihatan Hospital Tanah Merah, Kelantan.

P/s: Bagi orang yang berminat, dijemput hadir ke rakaman Forum Perdana Ehwal Islam yang bertempat di Putrajaya. Tajuk yang dikupaskan mengenai isu pendermaan organ yang sememangnya menarik untuk ditonton, penulis rasa sudah tiba masanya masyarakat Islam menerima pendermaan organ sebagai amal jariah yang dibolehkan oleh Islam.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam - Isu Pendermaan Organ By Mohd Rohaizad. Published: 20.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...