CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rakan Digi - Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Aizat Amdan & Mia Sara


Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Aizat Amdan & Mia Sara Nasuha Dilantik Menjadi Rakan Digi.

Tahukah anda empat artis popular diangkat sebagai rakan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (Friends of DiGi) dalam satu pengumuman pelantikan tersebut di TGV, Sunway Pyramid, Selangor di sini, Isnin.

Pelakon jelita Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara Nasuha dan penyanyi Aizat Amdan dilantik untuk mengetengahkan produk-produk DiGi di bawah kempen ‘Internet for all’ menerusi pelbagai saluran komunikasi.

Mereka juga akan membuat penampilan pada program-program penghargaan pelanggan DiGi sebagai sebahagian daripada ganjaran DiGi untuk pelanggan setia mereka.

“Kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada ahli keluarga DiGi dan diberi peluang untuk berkongsi apa sahaja dengan peminat. Yang paling seronok apabila DiGi akan bekerjasama untuk mempromosikan konsert saya di Kuching, Sarawak pada 16 Julai ini dan Penampang, Sabah pada 22 Julai,” kata Aizat Amdan yang mewakili kawan-kawannya yang lain.

Selain itu, Lisa Surihani yang begitu aktif menggunakan Internet untuk berkomunikasi dengan para peminatnya turut menggunakan peluang itu untuk lebih aktif mengemas kini maklumat terkini dalam talian online internet.

“Saya tertarik dengan tawaran ini kerana mereka memberi peluang kepada saya dan kawan-kawan lain untuk mengikut visi dan idea masing-masing untuk menjadikan kami lebih rapat dengan para pelayar Internet.

Gambar Rakan Digi Lisa Surihani Shaheizy Sam Aizat Amdan dan Mia Sara
 Gambar Lisa Surihani, Sahaheizy Sam, Aizat Amdan & Mia Sara Dilantik Menjadi Rakan Digi.

“Saya akan terus mengemas kini setiap aktiviti di laman sesawang Twitter dan Facebook untuk maklumat terkini masa akan datang,” ujar Lisa Surihani dengan gembira.

Bagi Shaheizy Sam atau lebih dikenali sebagai Sam, tawaran tersebut memberikan ruang kepadanya untuk tidak bersendiri lagi dan dapat menambah ramai kawan menerusi kempen yang dianjurkan oleh DiGi.

Friends of Digi Bantu Membina Jaringan Peminat Hiburan

Dalam pada itu, berkongsi sebab empat artis itu dipilih, Ketua Bahagian Program dan Penajaan DiGi, Pearly Lim berkata: “Kami memilih mereka kerana mereka sudah pun membina jaringan peminat yang kukuh di media sosial yang kena dengan profil pelanggan sasaran kami.

“Kami berhasrat untuk menunjukkan bagaimana mereka menggunakan Internet mudah-alih untuk berkomunikasi dengan peminat dalam kehidupan seharian mereka.”

Salah satu aktiviti yang menjalinkan artis-artis itu dengan peminat adalah memilih 70 pelanggan DiGi yang telah memenangi peluang untuk beramah mesra dengan para pelakon filem Sekali Lagi iaitu Lisa, Sam dan Mia di tayangan perdana filem tersebut.

Filem Sekali Lagi akan ditayangkan di pawagam pada Khamis ini.

Peminat Aizat Amdan pula akan berpeluang memenangi pas untuk bertemu dengan penyanyi itu di belakang pentas di konsertnya di Kuching (16 Julai) dan Penampang (22 Julai).

Kerjasama dengan keempat-empat artis itu sebagai rakan DiGi berlangsung dalam tempoh setahun bermula bulan ini.

Mereka turut diberikan telefon bimbit untuk memudahkan mereka mengemas kini maklumat terkini menerusi kempen Internet for All. -MStar.

Tengok Video Friends of Digi - Vote Lisa Surihani Seksi Hot Selebriti




Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Tahniah penulis ucapkan kepada Lisa Surihani, Sahaheizy Sam, Aizat Amdan & Mia Sara kerana berjaya dilantik menjadi Rakan Digi. Bestnya mereka semua dapat smart phone free daripada Digi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rakan Digi - Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Aizat Amdan & Mia Sara By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...