CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rekod Mangkuk Asam Laksa Gergasi Terbesar Di Dunia


Tahukah Anda Colgate-Palmolive Membuat Rekod Mangkuk Asam Laksa Gergasi Terbesar Di Dunia?

Bagi orang ramai yang mengunjungi Pasar Raya Besar Giant di Kota Damansara, Selangor pasti akan gamat apabila kehadiran mereka disambut dengan mangkuk asam laksa gergasi yang panas yang dihasilkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Sebenarnya, strategi syarikat berkenaan mempunyai serampang dua mata. Selain satu cubaan untuk tersenarai dalam Malaysia Book Of Records (MBOR), ia juga adalah pendekatan berkualiti dalam memperkenalkan produk terkini mereka.

Rekod Mangkuk Asam Laksa Terbesar Di Dunia
 Gambar Rekod Mangkuk Laksa Gergasi Terbesar Di Dunia

Seiring dengan tuntutan semasa, Colgate-Palmolive melancarkan ubat kumur terbaharu tanpa alkohol iaitu Colgate Plax Ice.

Colgate Plax Ice terbukti secara klinikal dapat memberikan perlindungan antibakteria sehingga 12 jam, tanpa rasa pedas seperti yang selalunya dikaitkan dengan ubat kumur.

Menurut Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive, Chris Pikounis, dengan pelancaran produk itu, Colgate ingin menyangkal mitos bahawa ubat kumur yang ‘lebih pedas’ adalah lebih berkesan untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria.

“Ia telah menimbulkan tanggapan yang salah dalam kalangan pengguna dan menyebabkan mereka terpaksa menahan rasa pedas apabila menggunakan kebanyakan ubat kumur lain dalam pasaran,” kata Pikounis.

Ternyata, penghasilan asam laksa yang merupakan antara sajian kegemaran rakyat Malaysia ada signifikan dengan pelancaran Colgate Plax.

Makan Asam Laksa Kemudian Kumur Colgate Plax Ice

“Selepas menikmati asam laksa, tiada cara yang lebih baik untuk menyegarkan mulut anda selain berkumur dengan Colgate Plax Ice.

“Produk kami bukan saja dapat memberikan kesegaran sedingin ais dengan tanpa rasa pedas, tetapi juga dapat menghapuskan bakteria dan menjaga kebersihan mulut,” jelasnya.

Tambah Pikounis, ubat kumur itu juga berkesan untuk menghapuskan bakteria di dalam mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. Ia juga berkesan menghilangkan bau nafas dan mengekalkan kebersihan serta kesihatan mulut.

“Seperti ubat kumur lain dalam rangkaian Colgate Plax, Colgate Plax Ice boleh digunakan dua atau tiga kali sehari, sebelum atau selepas memberus gigi untuk mengawal pembentukan plak gigi selama 12 jam,” katanya lagi.

Rekod Mangkuk Asam Laksa Terbesar Di Malaysia
 Gambar Mangkuk Laksa Asam Gergasi Terbesar Di Malaysia

Sementara itu, segala persiapan dan ramuan untuk memasak asam laksa dalam mangkuk besar itu disediakan sepenuhnya oleh dua chef terkenal negara iaitu Chef Ismail Ahmad dan Chef Florence Tan.

Mangkuk yang berukuran 244 sentimeter (sm) x 92 sm itu dapat menyediakan 3,500 hidangan berasingan. Antara bahan yang digunakan ialah 200 kilogram (kg) sardin, 3,000 biji telur, 168 biji salad dan 120kg timun.
Percubaan untuk mencipta rekod itu telah diadili oleh pegawai MBOR, Kandeah Subramaniam dan beberapa pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pada majlis itu, hadirin yang hadir turut dipelawa menikmati asam pedas yang dimasak. Mereka juga diberi peluang untuk merasai kesegaran sedingin ais apabila berkumur dengan produk hasil inisiatif terbaharu Col gate-Palmolive.

Colgate Plax Ice kini boleh didapati di semua pusat jualan runcit dan farmasi pada harga jualan runcit yang disyorkan iaitu RM3.90 untuk 100 militer (ml), RM8.90 untuk 250 ml, dan RM19.90 untuk 750 ml.

Anda ingin maklumat lanjut mengenai rekod mangkuk asam laksa gergasi ini, sila lawati ke www.colgate.com.my


P/s: Macam-macam cara orang membuatkan nama mereka tersenarai dalam Malaysian Book of Records. Terbaru kerjayaan Colgate-Palmolive membuat rekod mangkuk asam laksa gergasi terbesar di dunia wajar dipuji, selain mempunyai strategi dalam menarik perhatian orang ramai terutamanya pengguna ubat gigi Colgate-Palmolive.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rekod Mangkuk Asam Laksa Gergasi Terbesar Di Dunia By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...