CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Remaja Malaysia Juara Pertandingan Cipta Logo Transformer


Tahukah Anda Seorang Remaja Malaysia Menjadi Juara Pertandingan Cipta Logo Transformer.

Seorang pelajar / remaja Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood sequel "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17 tahun, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," kata Wan Muhammad Hazzim ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Wan Muhammad Hazzim berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa Linkin Park.

Kata Wan Muhammad Hazzim  lagi, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Gambar Transformer 3 Dark of The Moon
 Gambar Filem "Transformers 3: Dark Of The Moon"

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Walaubagaimanapun, Wan Muhammad Hazzim belum mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana beliau tidak dihubungi oleh para penganjur bagi ganjaran itu lagi.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," kata Wan Muhammad Hazzim remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya pula, Zaharah Ramli 48 tahun, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," kata Zaharah Ramli.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo ciptaan Wan Muhammad Hazzim akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut. -Bernama.

Tengok Video Trailer Filem "Transformers: Dark Of The Moon"



Apa Kata mohdrohaizad.co.cc - Tahniah penulis ucapkan kepada Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said yang berjaya menjadi remaja Malaysia pertama menjuarai pertandingan mencipta logo filem "Transformers: Dark Of The Moon" dalam peraduan "Iridescent Artwork". Diharap usaha kreatif ini diteruskan dan mejadi semangat kepada remaja Malaysia yang lain bahawa mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Remaja Malaysia Juara Pertandingan Cipta Logo Transformer By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...