CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rina Omar & Jeremy M Smith Bertunang (Penerbit KRU Studios)


Tahniah Rina Omar & Jeremy M Smith Yang Selamat Bertunang (Penerbit KRU Studios).

Tahukah anda yang personaliti Rina Omar selamat melangsungkan pertunangan dengan Jeremy M. Smith atau pun Muhammad Al-Amin Jeremy bin Abdul Aziz, seorang penerbit dengan KRU Studios? Cantik kan gambar majlis pertunangan Rina Omar & Jeremy M Smith?

Rina Omar Jeremy Smith Bertunang
 Gambar Majlis Pertunangan Rina Omar & Jeremy M. Smith

Pasangan Rina Omar dan Jeremy M. Smith melangsungkan pertunangan pada 11 June 2011 lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan secara tertutup di rumah keluarga pihak perempuan di Petaling Jaya. Lebih 60 saudara dan sahabat terdekat kedua belah pihak hadir memeriahkan majlis pertunangan tersebut termasuk keluarga Al-Amin yang terbang dari Atlantan, Georgia.

Rina Omar Jeremy Smith Berkahwin
 Gambar Rina Omar Cun Bertunang

Bertemakan “Pretty In Pink”, busana Rina direka John Paris dari Conteng Boutique. Pihak Al-Amin membawa lima dulang hantaran termasuk tepak sirih, sebentuk cincin, sepersalinan pernikahan, kek cawan dan coklat. Manakala pihak Rina membalas tujuh dulang hantar yang terdiri daripada tepak sirih, sepersalinan pernikahan, songkok/sampan, kek cawan, manisan dan coklat.

Rina Omar Majlis Pertunangan
 Gambar Rina Omar Disarung Cincin Pertunangan Wakil Jeremy M. Smith

Pasangan Rina Omar dan Jeremy M. Smith dijadualkan melangsungkan majlis pernikahan pada awal Disember depan di Kuala Lumpur.

Rina Omar Jeremy Smith Bernikah
 Gambar Rina Omar & Saudara Mara Jeremy M. Smith Dari Amerika Syarikat

Kredit Info & Gambar: Gua.Klik Sini - Yusof Haslam & Syamsul Yusof Ahli Pekida?

P/s: Penulis dan para peminat ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Rina Omar & Muhammad Al-Amin Jeremy kerana selamat bertunang.

~ Rina Omar & Jeremy M Smith Bertunang (Penerbit KRU Studios) ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rina Omar & Jeremy M Smith Bertunang (Penerbit KRU Studios) By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...