CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rossa Janda Meletup No.1 Indonesia Mencari Jodoh


Betul Ke Rossa Janda Meletup No.1 Indonesia Mencari Jodoh?

Kalau bertemu dengan jelitawan ini, pastinya soalan berbaur peribadi pasti dengan pantas akan diajukan kepadanya.

Tidak pernah mengelak berbicara soal cinta mahupun menyembunyikan statusnya, Rossa lebih gemar untuk berterus-terang daripada bermain tarik-tali dengan pihak media.

Cuma, dia masih berpegang kepada prinsip hidupnya untuk mengumumkan siapakah sang arjuna yang benar-benar bertakhta di hatinya apabila sampai waktu yang sesuai.

Sekali lagi diusik tentang percintaannya tetapi jawapan yang diberikan oleh Rossa benar-benar mengejutkan.

"Saya kembali memegang status solo dan hubungan cinta saya dengan si dia sudah pun dinoktahkan. Saya pun enggan mengulas lanjut tentang kisah cinta saya kerana bagi saya apa yang berlaku adalah suratan takdir.

"Mungkin sudah ditentukan Allah SWT bahawa jodoh saya dengan bekas teman lelaki saya terhenti setakat ini sahaja.

Rossa Peminat Malaysia
 Gambar Rossa Cun Bersama Peminat Malaysia

"Buat masa ini biarlah saya bersendirian terlebih dahulu dan memberikan tumpuan kepada anak saya, Rizky Langit Ramadhan yang akan mencecah usia lima tahun pada Oktober ini.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh saya lagi selepas ini, saya pasti akan umumkan pada kalian (pihak media). Mana bisa untuk saya sembunyikan perkara yang baik kepada umum," jelas Rossa dalam derai tawa ketika dihubungi Hits baru-baru ini.

Walaupun pahit untuk ditelan apabila berhadapan dengan perpisahan, namun Rossa lebih selesa untuk bersikap optimis kerana percaya perihal jodoh adalah ketentuan Allah.

Wanita berusia 32 tahun ini juga sedar untuk memegang status sebagai seorang janda memang bukan sesuatu yang mudah.

Kesabaran Rossa Tentang Hidupnya

Apatah lagi untuk seorang artis ternama sepertinya memang sukar untuk mengelak kerana setiap gerak-geri dan cerita tentang dirinya akan menarik perhatian.

Melihat kepada raut wajahnya yang cukup manis dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya, tiada siapa pernah menyangka liku-liku hidup yang dilaluinya memang cukup mencabar.

Jelas Rossa, seandainya dia tidak bersabar dengan dugaan hidup, pasti semuanya akan hancur berderai umpama gelas terhempas ke lantai.

Barangkali kesabaran dan sikap rendah diri yang dipegangnya selama 16 tahun menjadi anak seni membuatkan dirinya terus diterima dengan baik oleh peminatnya.

Rossa Seksi Bogel
 Gambar Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa Seksi Cun

Dalam nada penuh syukur, Rossa memberitahu dia benar-benar menghargai pemberian dan rezeki yang terus mencurah-curah dari Maha Esa untuk dirinya dan keluarga.

Apa yang dimilikinya hari ini bukanlah sesuatu yang pantas dan mudah untuk mendapatkannya. Kata kuncinya, kata Rossa adalah kerja keras.

"Percaya atau tidak saya sendiri tidak pernah mengimpikan segala kemewahan mahupun kejayaan seperti mana hari ini.

"Tempoh 16 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat tetapi bagi saya, ia adalah laluan yang penuh onak duri bagi saya untuk mencapai tahap ini.

"Berkat sokongan keluarga, peminat dan teman-teman serta doa yang diiringi mereka untuk saya juga merupakan faktor mengapa saya terus bertahan di persada seni hiburan Nusantara," ucap pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani ini penuh luhur.

Kedudukan Rossa Penyanyi Nombor Satu Indonesia

Seharusnya Rossa boleh berbangga dengan posisinya sebagai penyanyi wanita nombor satu Indonesia ketika ini sekali gus mengatasi gelaran yang pernah dipegang oleh seorang lagi diva seberang, Krisdayanti.

Apabila ditanya tentang perasaannya merampas gelaran tersebut daripada penyanyi lagu Menghitung Hari itu, Rossa dengan pantas menjawab:

"Kehadiran saya sebagai seorang penyanyi bukan untuk menggantikan tempat sesiapa mahupun berlawan dengan mana-mana penyanyi sedia ada.

"Saya menghormati setiap penyanyi yang lahir sebelum saya dan mereka mempunyai kelompok peminat tersendiri."

Rossa Selesa Dengan Lagu-Lagu Cinta

Barangkali apa yang dikatakan oleh Rossa itu ada kebenarannya. Kekuatan dan magis penyanyi yang dilahirkan pada 9 Oktober 1978 itu terletak kepada suara lunaknya setiap kali mendendangkan lagu-lagu berunsur cinta.

Tidak keterlaluan dikatakan, setiap kali dia muncul dengan produk terbaru, lagu-lagu sentimental yang mampu membunuh sukma setiap mereka yang mendengar akan menjadi pertaruhan sekali gus menjadi siulan peminat.

Lihat sahaja deretan lagu-lagu popularnya seperti Tegar, Aku Bukan Untukmu, Perawan Cinta, Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta semuanya meninggalkan kesan di hati peminat.

Apakah Rossa selesa seandainya digelar pembunuh sukma dengan lagu-lagu baladanya, dia hanya mampu ketawa besar.

"Kenapa gelaran itu diberikan kepada saya? Kedengaran begitu kejam sekali (ketawa). Ya, saya akui peminat begitu gemarkan lagu-lagu cinta saya.

"Saya menganggap semuanya adalah rezeki dan selagi peminat mahukan saya mengalunkan lagu-lagu cinta, saya tidak mampu menolaknya,"kata Rossa. -Utusan.


P/s: Siapa tidak mengenali Rossa si Janda meletup no.1 di Indonesia, sedang mencari jodoh andai ditakdirkan oleh-NYA. Rossa turut berjanji akan mengumumkan lelaki yang berjaya menambat hatinya kepada media dan peminat. Bagi penulis, Rossa tetap jelita dan mempunyai ramai peminat di Malaysia, lagu-lagunya menjadi siulan sehingga kini, semua lagu Rossa tentang cinta. Best kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rossa Janda Meletup No.1 Indonesia Mencari Jodoh By Mohd Rohaizad. Published: 17.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...