CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rozita Che Wan Masuk Hospital - Kena Penyakit Hepatitis


 Betul Ke Rozita Che Wan Masuk Hospital, Kena Penyakit Hepatitis?

Pelakon Rozita Che Wan berumur 38 tahun, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini kerana dipercayai menghidap hepatitis.

Sumber memberitahu kami, Rozita pada mulanya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas berasa sakit kepala dan akhirnya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan.

Doktor Syaki Rozita Che Wan Kena Penyakit Hepatitis

“Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan,” kata sumber berkenaan.

gambar rozita che wan seksi hot
 Gambar Rozita Che Wan

Jelas sumber itu lagi, Rozita enggan menerima sebarang pelawat kerana mahu berehat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berhubung dengannya.

Akibat kejadian itu, beberapa penggambaran drama yang melibatkan Rozita terpaksa ditangguhkan sehinggalah pelakon itu benar-benar sembuh.

Berita Terkini Rozita Che Wan Masuk Hospital Sakit Kena Demam Kuning

Masih lagi lemah serta memerlukan pengawasan daripada doktor, begitulah keadaan yang sedang dialami oleh aktres popular, Rozita Che Wan. Pun begitu, kakak kepada Ayu Raudhah ini mengakui masih perlu berada di lokasi penggambaran bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai pelakon.

Baru semalam keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Rozita Che Wan memberitahu, kondisi badannya kini masih lagi lemah.

"Saya baru keluar hospital semalam dan saya kesihatan saya masih belum pulih lagi. Doktor telah meminta saya untuk berehat selama dua minggu dari melakukan apa-apa pekerjaan.

"Tapi, memandangkan penggambaran drama bersiri Anissa masih lagi belum siap, jadi terpaksalah saya turun ke lokasi esok," katanya.

Rozita Che Wan Pengsan Di Lokasi Penggambaran

Berkongsi cerita, sebelum ini, Rozita Che Wan, dia sudah beberapa kali pengsan sewaktu berada di lokasi penggambaran. Namun, dia menganggap perkara tersebut sebagai satu perkara biasa akibat keletihan.

Namun, selepas Ahad lalu, rakan-rakannya mula menyedari perubahan yang terdapat pada matanya. Ia semakin kuningan. Bertitik tolak daripada itu, Rozita semakin terus bergegas pergi berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Rozita Che Wan Demam Kuning
 Rozita Che Wan Kena Demam Kuning

"Saya pergi berjumpa doktor Ahad lalu, namun tiga hari sebelum itu memang mata saya dah kelihatan kuning sikit. Masa berjumpa doktor, saya sepatutnya telah ditahan tapi sebab ada babak yang perlu saya sudahkan, jadi saya minta tangguh kerana nak nak habiskan dahulu babak saya pada hari tersebut.

"Kemudian, saya datang semual ke hospital tersebut dan telah ditahan di wad pada hari keesokan harinya (Isnin). Saya mengidap demam kuning dan menurut doktor ianya ada berkaitan dengan darah. Tapi, Alhamdulillah, sekarang semuanya dalam keadaan yang baik dan doktor sentiasa mengawasi saya. Saya perlu jaga kesihatan dan makan ubat serta kena kurangkan tekanan," katanya lagi.

Rozita Che Wan Kecewa Berita Tidak Benar Tersebar

Sementara itu, Rozita memberitahu turut kecewa dengan penyiaran berita yang tidak benar tentangnya dirinya dalam di sebuah portal hiburan baru-baru ini. Menyiarkan fakta yang kurang tepat serta tidak meminta kenyataannya, Rozita mengakui terkilan dengan berita yang dikeluarkan oleh portal tersebut.

"Saya sakit kuning bukan hepatitis dan saya hairan bagaimana pihak mereka boleh siarkan berita yang kurang benar tanpa bertanya saya tentang kesahihannya terlebih dulu. Saya sedikit kecewa dengan penyiaran berita itu. Malah, ketika berada di hospital, bukan saya tak mahu menerima pelawat sebaliknya saya perlu berehat dan tak mahu ganggu pesakit yang lain," jelasnya dengan penuh kesal.

P/s: Penulis dan para peminat Rozita Che Wan mendoakan semoga Rozita Che Wan yang masuk hospital kembali sihat seperti biasa. Buat masa ini, biarkan Rozita Che Wan berehat agar penyakit demamnya tidak kembali serius.


Rozita Che Wan Masuk Hospital - Kena Penyakit Hepatitis @ mohdrohaizad.co.cc

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rozita Che Wan Masuk Hospital - Kena Penyakit Hepatitis By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...