CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rumah Tangga Serina Redzuawan Bergolak? Chef Wan Kesal Gosip Liar


Betul Ke Rumah Tangga Serina Redzuawan Bergolak? Chef Wan Kesal Gosip Liar Yang Dilemparkan Ke Atas Anaknya. Hati bapa mana yang tidak luluh bila kisah rumah tangga anak kesayangan menjadi bual bicara pihak luar, apatah lagi dikaitkan pula dengan ura-ura kerentakan hubungan perkahwinan mereka akibat kehadiran orang ketiga.
 
Begitulah perasaan yang dialami oleh chef selebriti TV popular, Datuk Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berhubung kenyataan sebuah akhbar tabloid harian tempatan semalam, berkenaan dakwaan pergolakan rumah tangga anak sulungnya Serina Redzuawan dan suami, Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward.

 Gambar Chef Wan Semasa Majlis Persandingan Serina Redzuawan & Gavin Edward

Ketika dihubungi kami menerusi talian telefon semalam, Chef Wan melahirkan perasaan kesal apabila kisah berkenaan disiarkan di dada akhbar berkenaan, apatah lagi ianya menjadi topik untuk sesi pagi salah satu stesen radio tempatan.

Stesyen Radio Ulas Tentang Pergolakan Rumah Tangga Serina Redzuawan

"Awal-awal pagi lagi, ketika saya mahu berjogging di Tasik Titiwangsa, saya sudah dikejutkan dengan ulasan sebuah stesen radio yang membaca berita tentang pergolakan rumah tangga Serina dan Gavin yang disiarkan oleh akhbar terbabit.

"Saya mengambil perkara ini sebagai isu yang besar kerana ianya membabitkan nama keluarga saya, Serina dan suaminya.

"Paling penting di sini, jika berita yang dikhabarkan itu benar, saya langsung tak kisah. Kerana kepada siapa yang mengenali saya, pastinya saya tidak akan berdolak-dalih. Tetapi apa yang di tulis oleh akhbar berkenaan sama sekali tidak benar belaka," katanya penuh kesal.

Chef Wan Nafi Rumah Tangga Serina Redzuawan Bermasalah

Terus-terang Chef Wan kepada kami bahawa rumah tangga anak kesayangannya itu berada dalam keadaan bahagia, malah dia hairan dari mana datangnya khabar angin berkenaan pergolakan yang tidak masuk akal itu.

Apa yang menjadi perhatian Chef Wan di sini sekiranya berita berkenaan di salah anggap oleh sesetengah pihak, terutama peminatnya dan juga Serina Redzuawan yang selalu mendambakan kebahagian sejak mereka mendirikan rumah tangga awal tahun lalu.

Menganggap berita berkenaan sebagai fitnah semata-mata, Chef Wan bagaimana gembira apabila Serina Redzuawan kini sudahpun berbadan dua sejak empat minggu lalu, sekali gus ia bagaikan senjata bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan harmoni.

"Bila Serina dapat tahu berkenaan berita ini, dia hanya tergelak besar kerana dia sendiri tahu di mana dan ke mana saja suaminya berada. Apatah lagi untuk berdampingan dengan wanita lain adalah mustahil kerana mereka selalu didapati bersama.

"Nasihat saya kepada Serina cuma satu iaitu supaya dia dapat melahirkan anak lebih ramai dan dengan cara ini InsyaAllah fitnah ini akan berhenti. Saya juga berpesan kepadanya supaya berani dengan kebenaran.

"Cuma saya risau dengan Gavin yang tidak biasa dengan cerita serta asam garam dunia selebriti. Tidak seperti kita orang Melayu dan kami yang sudah lali dengan gosip, tekanan nampaknya banyak terhadap dia. Kerana dia telah menjadi mangsa dalam hal ini.

"Sama ada dia masih ingin mengambil tindakan mahkamah atau tidak, itu saya tak dapat pastikan lagi. Tapi saya akan cuba pujuk Gavin supaya dapat bertolak ansur dalam hal ini," katanya.

Enggan membesarkan perkara ini sehingga ke tahap yang lebih serius, Chef Wan bagaimanapun berharap segala-galanya dapat diselesaikan dengan cara baik demi menjaga kebajikan semua pihak yang terbabit. -Murai

Anda Meminati Irin Putri Azmi?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rumah Tangga Serina Redzuawan Bergolak? Chef Wan Kesal Gosip Liar By Mohd Rohaizad. Published: 1.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...