CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ryan Giggs Curang & Kontroversi Skandal Seks


Betul Ke Ryan Giggs Curang & Kontroversi Skandal Seks?

Industri sukan bola sepak panas dikejutkan dengan pengumuman Natasya, adik ipar Ryan Giggs, yang pernah menjalin hubungan dengan bintang Manchester United (MU) itu selama lapan tahun, mengaku menggugurkan kandungannya beberapa minggu sebelum berkahwin dengan Rhodri Giggs.

Untuk tujuan itu, Ryan Giggs didakwa memberi Natasha wang sebanyak 500 pounds sterling (RM2,449) sebagai kos pengguguran.

Natasya Rhodri Giggs
 Gambar Natasya Bersama Suaminya Rhodri Giggs

Kata Natasya, Ryan Giggs tidak memberinya apa-apa pilihan ketika berdepan dengan isu kandungan luar nikah mereka.

“Kata Ryan, untuk tidak memusnahkan hidup adiknya, satu-satunya jalan yang ada ialah menggugurkan kandungan saya,” katanya.

Ryan Giggs Stacey Curang
 Gambar Ryan Giggs Curang Kepada Isterinya Stacey

Ketika itu, kata Natasya, dia dijadualkan terbang ke Las Vegas untuk berkahwin dengan Rhodri beberapa minggu lagi.

Dalam keadaan hamil, katanya, dia tahu mustahil untuk meneruskan rancangan perkahwinan itu. Natasya yang berusia 28 tahun, berkata melalui pengalaman pengguguran itu amat memeritkan.

“Walaupun saya mencintai Rhodri, saya juga ada perasaan terhadap Ryan,” katanya.

Natasya Hamil Anak Luar Nikah Ryan Giggs

Natasya hamil selepas dia mengadakan hubungan seks dengan Ryan di rumah kawan pemain bola sepak itu selepas menyertai parti MU yang menewaskan Tottenham Hotspurs pada April lalu.

Natasya dan Ryan berkenalan pada 2003 - tahun sama pemain bola sepak terbabit berkahwin dengan isteri sahnya, Stacey Cook, 32.

Melalui pertemuan diatur secara rahsia di beberapa hotel, mereka sering mengadakan hubungan seks sesuai dengan jadual perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Skandal itu terus berjalan walaupun Natasya dan Ryan berdepan risiko kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.

Ibu kepada dua anak, Natasya menggugurkan kandungannya di sebuah klinik di Stokport pada 3 Jun.

Dua minggu kemudian dia berkahwin dengan Rhodri di Las Vegas.

Antara tetamu mereka, Will Mellor, aktor Britain yang turut pernah menjalin hubungan dengan Natasya 11 tahun lalu.

Imogen Ryan Giggs Skandal
 Gambar Imogen Dikaitkan Skandal Seks Dengan Ryan Giggs

Pasangan pengantin baru itu kemudian mengadakan majlis resepsi untuk meraikan ahli keluarga dan rakan masing-masing di Manchester.

Bagaimanapun, Ryan tidak dijemput ke majlis itu kerana masih menghadapi perselisihan faham dengan Rhodri.

Pada malam sama, Ryan berfoya-foya di sebuah kelab malam di London dan bertemu dengan peserta rancangan realiti Big Brother, Imogen Thomas.

Mereka kemudian menjalin hubungan sulit.


P/s: Penulis tidak sangka Ryan Giggs seorang yang curang dan kontroversi dengan skandal seks beberapa wanita termasuklah adik iparnya sendiri. Ryan Giggs cukup dikenali antara pemain yang berbakat dan bagus dalam Manchester United meskipun sudah melepasi usia yang sepatutnya terlibat dalam arena bola sepak.

~ Ryan Giggs Curang & Kontroversi Skandal Seks ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ryan Giggs Curang & Kontroversi Skandal Seks By Mohd Rohaizad. Published: 13.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...