CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sabhi Saddi Kahwin Vienna Fridiana? (Gosip Artis)


Betul Ke Sabhi Saddi Akan Kahwin Vienna Fridiana? (Gosip Artis).

Sabhi Saddi terkejut dan terkedu seketika apabila penyanyi lagu Nadiku diajukan soalan tentang gosipnya bakal bertunang dengan penyanyi dari Indonesia, (Gambar) Vienna Fridiana pada Julai 2011 ini.

Namun tidak lama selepas itu, Sabhi Saddi cepat-cepat menafikan dakwaan gosip tersebut sambil menyifatkan bahawa gosip liar tersebut sememangnya tidak benar, namun dia akui hubungannya dengan Vienna Fridiana memang rapat dan bagaikan sudah seperti adik-beradik.

"Mana ada saya nak bertunang dengan Vienna Fridiana. Semua itu karut. Mungkin, gosip tersebut timbul disebabkan salah faham yang berlaku disebabkan kami berdua rapat dan mesra. Tetapi hubungan kami tidak lebih sebagai adik-beradik. Malah, keluarga Vienna Fridiana sendiri pun sudah anggap saya ni sebahagian daripada mereka macam anak angkatlah.

"Sejujurnya, saya baru saja mengenali Vienna Fridiana. Itupun menerusi pengurus saya iaitu Aszuad setelah saya diminta untuk berduet dengannya menerusi lagu Seperti Dulu Lagi.

"Saya kerap berulang-alik ke Jakarta pun adalah disebabkan untuk memenuhi undangan mempromosikan lagu duet kami yang telah dimuatkan dalam album Vienna Fridiana. Bagi saya, Vienna Fridiana seorang yang baik dan manja. Apapun, hubungan kami tidak lebih daripada sekadar kawan saja," kata Sabhi Saddi.

Gambar Sabhi Saddi & Vienna Fridiana Yang Dikatakan Akan Bertunang Berkahwin

Mengenai gosip yang mengatakan bahawa Sabhi Saddi telah mencari pakaian pengantin bersama Vienna Fridiana, penyanyi lagu Nadiku ini berkata, apa yang dilihat orang itu bukanlah seperti apa yang mereka jangkakan.

"Untuk pengetahuan semua, selain menyanyi, Vienna Fridiana juga bertugas sebagai perunding perkahwinan di Jakarta dan kebetulan saya menemaninya untuk melihat pakaian pengantin tersebut.

"Terus-terang, saya dengan dia tiada hubungan yang istimewa. Sejujurnya, saya masih solo dan mahu fokus pada kerjaya lebih dulu. Tentang kahwin atau tunang lambat lagi. Lagipun saya masih baru dalam industri hiburan tanahair. Saya kena kukuhkan nama saya dulu." kata Sabhi Saddi jujur tentang statusnya.

"Apapun, saya bersyukur kerana Vienna Fridiana sudi menjemput saya untuk berduet dengan saya. Kerana dia jugalah, saya lebih dikenali di sana (Indonesia) berikutan lagu kami ini telah tersenarai dalam carta radio popular di Indonesia.

"Saya akui Vienna Fridiana memang panggil saya dengan nama Bibi tapi panggilan itu bukan bermaksud baby atau panggilan sayang yang biasanya dipanggil oleh pasangan kekasih. Sebenarnya, itu adalah singkatan nama saya. Sebab, Vienna Fridiana susah nak sebut nama saya. Saya pula memanggilnya dengan nama Vienna saja," ujar Sabhi Saddi.

Selain itu, Sabhi Saddi yang telah dipilih untuk menyertai kempen Artis Pencinta Alam anjuran Yayasan Emkay kini dalam persediaan untuk muncul dengan album studio keduanya.

"Insya-Allah, saya akan muncul dengan album cover version yang mana saya akan menyanyikan semula lagu-lagu yang popular di era 80-an. Setakat ini, saya tak boleh beritahu lagi senarai lagu-lagunya kerana ianya masih dalam pemilihan.Namun, berkemungkinan besar lagu-lagu yang dipilih itu nanti pernah dipopularkan oleh kumpulan Freedom dan Gingerbread," ujar Sabhi Saddi mengakhiri temubual bersama wartawan Murai.

Tengok Video Youtube Sabhi Saddi feat Vienna Fridiana Seksi Lagu Seperti Dulu Lagi





Apa komen mohdrohaizad.co.cc - Rupa-rupanya Sabhi Saddi hanya menjadi abang angkat kepada Vienna Fridiana lah ya? Tetapi itu tidak bermakna yang gosip artis Malaysia dan Indonesia ini tidak boleh bertunang dan berkahwin kan? Manalah tahu awal-awal keluarga angkat untuk menafikan dan kemudian tup-tup nak kahwin. Macam-macam taktik artis ni. Apa-apapun, penulis harap Sabhi Saddi atau Bibi panggilan manja Vienna Fridiana ini semoga sukses dalam kerjaya nyanyian yang diminatinya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sabhi Saddi Kahwin Vienna Fridiana? (Gosip Artis) By Mohd Rohaizad. Published: 30.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...