CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

A. Samad Said, Sasterawan Negara Ditahan Polis


Isu Perhimpunan Bersih 2.0 A. Samad Said, Sasterawan Negara  Ditahan Polis?

Datuk A Samad Said, Sasterawan Negara turut ditahan polis untuk diambil keterangannya berhubung Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai 2011 ini.
 
Wartawan difahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun 2011 yang lalu.

Pada majlis tersebut A Samad Said antara lain menyampaikan ucapan dan sajak puisi berjudul “Unggun Bersih”.

Dalam akaun Twitternya lewat malam tadi juga dihantar mesej merujuk kepada puisi A Samad Said itu dan blognya di bawah alamat “Hujan Pagi http://samadsaid.wordpress.com/2011/06/26/unggun-bersih/”.

Blog A. Samad Said, Sasterawan Negara

Ia seterusnya membawa pengunjung kepada teks ucapan ringkas A Samad Said di blognya.

Beberapa pengunjung laman mikro Twitter A Samad Said juga mengulas mengenai perkara tersebut malam tadi.

Peguam dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya dalam mesej menerusi akaun Twitternya berkata, A Samad Said dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan akan disoal siasat oleh polis pada hari ini.

A Samad Said dan Ambiga Sreenevasan dijangka akan hadir di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis tidak akan memberi permit bagi Himpunan Bersih 2.0 dan dua perhimpunan balas yang akan diadakan pada hari yang sama, anjuran Perkasa dan Pemuda Umno (Baju Merah).

Gambar Sasterawan Negara A Samad Said Himpunan BERSIH 2.0
 Gambar A. Samad Said, Sasterawan Negara Ditahan Polis Isu BERSIH 2.0

“Sasterawan Negara Malaysia berusia 76 tahun, A Samad Said dan pemenang terbaru anugerah International Women of Courage, Ambiga Sreenevasan akan disoal siasat oleh polis (berkaitan Bersih 2.0) esok (hari ini),” kata beliau dalam mesej Twitternya.

Naib Presiden PKR N Surendran pula mengemukakan persoalan mengapa Sasterawan Negara itu perlu dipanggil polis.

“Apa salah Pak Samad Said, diheret ke balai polis esok (hari ini)? Kerana membaca puisi di majlis Bersih!,” kata N Surendran dalam mesej Twitternya.

Berdasarkan teks ucapan yang diperoleh dari blog A Samad Said, beliau antara lain menyentuh bahawa “murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini.”

Gambar Sasterawan Negara A Samad Said Ditahan Polis
 Gambar Ahli Perhimpunan BERSIH 2.0 (Baju Kuning)

“Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan,” ujar sajak puisi A Samad Said.

A Samad Said seterusnya berkata, “kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi?”

“Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?

“Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni,” kata A Samad Said lagi dalam blognya. -Bernama.

Tengok Video Sasterawan Negara A. Samad Said Semasa Demo Himpunan Hapuskan PPSMI





Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Tindakan polis menahan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said amatlah tidak wajar. Apa salah Sasterawan Negara kita ditahan polis? Penulis amat menghormati A Samad Said, puisi sajak beliau tiada tolok bandingnya. Selagi hayatnya ada, A Samad Said sentiasa berada barisan hadapan meniup semangat dan menperjuangkan apa sahaja demi kebaikan orang ramai. Adakah anda tengok sahaja perhimpunan BAJU KUNING lawan BAJU MERAH?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

A. Samad Said, Sasterawan Negara  Ditahan Polis By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...