CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Senarai Laman Web .Gov.My Digodam & Banyak Alami Gangguan


Senarai Laman Web .Gov.My Digodam & Banyak Alami Gangguan Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

Akhirnya, sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi tadi menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Namun, suruhanjaya itu berkata, ia yakin tempoh memulihkan kesemua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama. 

"Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang 4 pagi tadi, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesannya serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil,” kata SKMM dalam satu kenyataan.

Hacker Anonymous Lancar Serangan Siber Ke Atas Laman Web Kerajaan Malaysia

Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali ‘Anonymous’ untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Suruhanjaya itu berkata, terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius. (Utusan)

Antara Senarai Laman Web Kerajaan Malaysia Yang Berjaya Digodam

1. www.malaysia.gov.my
2. www.cidb.gov.my
3. www.sabahtourism.com
4. www.perlis.gov.my
5. www.jobsmalaysia.gov.my
6. www.hasil.gov.my
7. www.kwsp.gov.my
8. www.perkeso.gov.my
9. www.mohe.gov.my
10. www.moe.gov.my
11. www.mindef.gov.my
12. www.spa.gov.my
13. www.bomba.gov.my

Maklumat Terkini: Serangan siber dijangka berterusan beberapa hari lagi - Cybersecurity

Serangan terhadap beberapa laman web berkaitan kerajaan dijangka berterusan beberapa hari lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri.

Beliau berkata, penyerang siber mensasarkan aplikasi web yang diketahui ramai terdedah kepada kaedah serangan, mempunyai kata laluan lemah dan menyalahtatarajah.

"Cybersecurity, melalui Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), mendapati wujud peningkatan ketara dalam kegiatan berkaitan keselamatan siber dalam tempoh 24 jam lalu.

"Berdasarkan pemerhatian kami, serangan yang dilakukan akan menjejaskan kerahsiaan, integriti maklumat dan kewujudan laman web. Ini seterusnya boleh menjejaskan kegiatan perniagaan sesebuah organisasi," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Cybersecurity menasihati semua pemilik sistem supaya sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah perlu untuk melindungi laman web masing-masing.

Serangan dikenali sebagai "Operation Malaysia" dilakukan satu kumpulan antarabangsa bergelar "Anonymous" sejat lewat kelmarin menjejaskan 51 laman web termasuk http://malaysia.gov.my dan http://sabahtourism.com.

Serangan siber juga dipercayai dilakukan kumpulan lain berikutan pengesanan modus operandi berbeza oleh satu kumpulan tempatan, "Dragon Force", yang lebih gemar melumpuhkan laman sesuatu web dan menghiasi laman itu dengan imejnya.

Pengurus Operasi BubTech Sdn Bhd, Mazniezan Iqram Mat Zain, berkata kumpulan "Anonymous" cuba mempamerkan kemarahannya terhadap tindakan Kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail kerana ia melanggar Akta Hakcipta 1987.

"Kumpulan ini patut sedar bahawa kerajaan hanya menyekat akses ke laman web berkenaan, tetapi ia masih boleh dicapai melalui sumber terbuka penyedia proksi seperti OpenDNS.

Isu penggodaman akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika ada maklumat yang boleh dikongsikan. Nantikan..


P/s: Apa yang penulis boleh beritahu, ini merupakan pengajaran kepada kerajaan Malaysia yang sesuka hati menyekat kebebasan dalam dunia tanpa sempadan. Senarai laman web .gov.my banyak digodam menunjukkan bahawa masih banyak kelemahan yang dimiliki untuk diperbaiki lagi. Bagaimana jika maklumat dan info sulit rakyat Malaysia dicuri? Adakah pihak kerajaan Malaysia akan bertanggungjawab?

~ Senarai Laman Web .Gov.My Digodam & Banyak Alami Gangguan ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Senarai Laman Web .Gov.My Digodam & Banyak Alami Gangguan By Mohd Rohaizad. Published: 16.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...