CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sepah Akan Berpecah Selepas Menang Maharaja Lawak?


Betul Ke Kumpulan Sepah Akan Berpecah Selepas Menang Maharaja Lawak 2011?

Kemenangan yang tidak disangka-sangka telah berpihak kepada kumpulan Sepah apabila mereka diumumkan sebagai Juara Maharaja Lawak dalam pusingan akhir program realiti Astro tersebut yang telah berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor pada malam Jumaat yang lalu.

Kumpulan Sepah yang terdiri daripada Jep atau Mohd Nazri, Mamat atau Mohd Noor Murad dan Shuib atau Shahmira Muhammad telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Langsung tidak menjangkakan bahawa kejayaan mereka malam kelmarin menjadi milik kumpulan Sepah, kenyataan Jep Sepah memberitahu kejayaan tersebut dianggap berbaloi selepas anggota kumpulan tersebut dikatakan sering bergaduh serta bertelingkah ketika berbincang untuk mendapatkan idea serta bahan yang terbaik sebelum pentas akhir Maharaja Lawak bermula.

Gambar Sepah Berpecah MaharajaLawak
 Gambar Sepah - Tidak Sangka Menang Maharaja Lawak 2011

"Alhamdulilah, sungguh tidak dijangka kemenangan kami pada malam itu. Kami ingat paling tidak pun kami hanya mampu akan meraih di tempat kedua. Lebih-lebih lagi bila Sepah menerima persaingan yang cukup sengit daripasa setiap peserta terutama sekali kumpulan Jozan.

"Paling tidak sangka apabila Allah masih mahu memberikan rezeki ini kepada saya dan rakan-rakan Sepah yang lain sedangkan saya adakalanya terlupa akan-Nya. Lagipun, kami tidak berfikir untuk menang kerana idea untuk membentuk persembahan malam tersebut hanya sempat kami memperolehinya pada jam 4.30 petang iaitu beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.

Sepah Selalu Bergaduh Sebelum Persembahan

"Bayangkanlah bertapa gentingnya keadaan kami pada waktu itu. Disebabkan itu, kami selalu bergaduh dan sampai ke satu tahap saya pernah cakap kepada mereka biarlah kita bubarkan saja kumpulan Sepah sebaik saja selesai pentas akhir Maharaja Lawak ini.

"Saya berani cakap begitu selepas melihat komitmen daripada setiap ahli yang dilihat berkurangan dan pudar di saat-saat akhir iaitu sebelum pertandingan final bermula," kata Jep yang ditemui media selepas berakhirnya pertandingan peringkat akhir Maharaja Lawak.

Sepah Hampir Dibubarkan

Namun begitu, kata Jep Sepah, keputusan untuk membubarkan kumpulan Sepah itu bagaimanapun terpaksa dilupakan selepas mereka dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak.

"Selepas mencapai kejayaanyang terbesar ini, semangat kami amat berbeza dan amat bertambah. Kami berasa amat bertanggungjawabuntuk kekalkan kumpulan Sepah. Ia bagaikan satu amanah yang perlu kami jaga.

"Kami tidak mahu menghampakan peminat-peminat kami lagi. Yelah, sebelum ini nama Sepah pun agak pudar dan selepas memasuki pertandingan ini saya nampak nama Sepah kembali dan lebih segar dalam ingatan penonton dan peminat kami," tambah Jep Sepah lagi.

Sepah Bangga Tewaskan Jozan

Apa yang pasti Sepah telah berjaya menewaskan Jozan iaitu peserta yang paling terkenal sering mendapat undian tertinggi di Maharaja Lawak apabila kumpulan yang dianggotai Johan dan Zizan itu diumumkan sebagai Naib Juara dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Begitupun, satu-satunya peserta solo iaitu Nabil adalah peserta yang paling beruntung kerana hanya dia seorang sahaja yang membolot hadiah tempat ketiga selepas memenangi hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan mereka di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga 50 peratus markah daripada juri yang terdiri daripada pengarah filem Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.

Pertandingan Akhir Maharaja Lawak bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) jamp 10 malam semalam. Prorgam Maharaja Lawak telah berlansung selama 13 minggu pada siaran yang sama setiap hari Jumaat, jam 10 malam sejak 1 April lalu. -Murai.

Tengok Video Sepah Akhir Maharaja Lawak 2011 - Tugasan Ke-2





Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Adakah kumpulan Sepah akan berpecah selepas menang Maharaja Lawak 2011? Dalam masa terdekat mungkin tidak, tambah-tambah lagi selepas menjuarai Maharaja Lawak. Namun, keberangkalian untuk berpecah atau dibubarkan mungkin akan terjadi pada masa hadapan apabila para peminat Sepah sudah tidak meminati lawak mereka pada masa itu mungkin Jep atau Mohd Nazri, Mamat atau Mohd Noor Murad dan Shuib atau Shahmira Muhammad akan membawa haluan mereka masing-masing.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sepah Akan Berpecah Selepas Menang Maharaja Lawak? By Mohd Rohaizad. Published: 26.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...