CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sepah Juara Final Maharaja Lawak 2011


Tahniah! Kumpulan Sepah Juara Final Maharaja Lawak 2011.

Akhirnya! Selepas 13 minggu bertanding dalam program realiti Maharaja Lawak, gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah undian tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Gambar Sepah Juara Maharajalawak 2011
 Gambar Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat atau terakhir. Kumpulan Jambu mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi sumbangan pihak Astro.

Kesemua peserta yang berjaya ke peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian SMS penonton di rumah dan juga juri profesional yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.

Sementara itu mengulas mengenai kemenangan mereka, Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan lawak.

Gambar Finalis Maharajalawak 2011
 Gambar Finalis Maharaja Lawak 2011 (Jozan - Naib Juara, Nabil - Ketiga, Jambu - Keempat)

Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan Sepah sehingga menjadi johan Maharaja Lawak 2011.

“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata Sepah dengan penuh bersyukur diatas kemenangan mereka dalam Maharaja Lawak 2011.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.

Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.

Tengok Video Penuh Youtube Final Maharaja Lawak 2011 Di Stadium Melawati




Video Youtube Maharaja Lawak Akhir Keputusan Markah Terkini Undian Juara



Video Youtube Persembahan Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 (Nabil Part1)



Video Youtube Persembahan Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 (Jambu Part2)



Video Youtube Persembahan Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 (Sepah Part3)



Video Youtube Persembahan Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 (Jozan Part4)

Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis dan para peminat mengucapkan TAHNIAH kepada finalis Maharaja Lawak yang membuat persembahan yang sangat best lawak of the year. Kumpulan Sepah memang layak memenangi dan menjadi juara bagi final Maharaja Lawak 2011.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sepah Juara Final Maharaja Lawak 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 25.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...