CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shahir AF8 Jatuh Bilik Air - Retak Tulang Tangan (Nasib Tak Patah)


 Betul Ke Shahir AF8 Jatuh Bilik Air, Retak Tulang Tangan (Nasib Tak Patah)?

Berita tergempar! Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi berumur 24 tahun, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Ahmad kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Gambar Shahir AF8 Retak Tulang Tangan
 Gambar keadaan tangan Shahir AF8 yang terpaksa berbalut akibat terjatuh di bilik air

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya.

 Shahir AF8 Bercuti Seminggu

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir AF8 bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir AF8 yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.

P/s: Nasiblah tak patah tangan tu Shahir AF8 kalau tak berbulan juga kena bercuti. Penulis dan para peminat mendoakan yang Shahir AF8 cepat sembuh ya. Semoga kejadian jatuh bilik air itu dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati.


Shahir AF8 Jatuh Bilik Air - Retak Tulang Tangan (Nasib Tak Patah)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shahir AF8 Jatuh Bilik Air - Retak Tulang Tangan (Nasib Tak Patah) By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...