CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shahrukh Khan Menang Aktor Terbaik Anugerah Oscar Bollywood


Tahukah Anda, Shahrukh Khan Menang Aktor Terbaik Dalam Anugerah Oscar Bollywood!

Filem hindustan yang menampilkan pelakon Salman Khan, Dabangg menang enam anugerah termasuk filem terbaik dalam 'Oscar Bollywood' lewat malam kelmarin di Toronto, Kanada.

Filem Dabangg merupakan arahan Abhinav Kashyap itu menang beberapa kategori utama seperti pengarahan muzik terbaik dan lakon layar terbaik.

Pelakon Sonu Sood juga memenangi kategori pelakon yang memainkan watak jahat terbaik ekoran lakonannya sebagai ketua sebuah parti politik yang jahat dalam filem Dabangg tersebut.

Gambar Shahrukh Khan Menang Aktor Terbaik Oscar Bollywood
 Gambar Shahrukh Khan, Hilary Swank & Anil Kapoor Dalam Oscar Bolly Di Toronto, Kanada

Filem My Name is Khan menangi kategori filem terbaik, lirik terbaik, pengarahan terbaik yang dibolot oleh Karan Johar.

Pelakon Shahrukh Khan juga memenangi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem My Name is Khan tersebut.

Filem My Name is Khan itu mengisahkan mengenai perasaan curiga pihak berkuasa Amerika Syarikat terhadap seorang lelaki Muslim di sebuah lapangan terbang.

Puluhan ribu menyaksikan festival itu yang diadakan di Stadium Rogers' Centre.

Kira-kira 700 juta penonton dianggarkan menonton siaran langsung festival berkenaan menerusi televisyen.

Pelakon Bollywood, Anushka Sharma menang kategori aktres wanita terbaik ekoran peranannya dalam filem Band Baaja Baaraat. -Agensi.

Tengok Video Shahrukh Khan Di Majlis Anugerah Oscar Bollywood, Toronto, Kanada



Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Tahniah diucapkan kepada Datuk Shahrukh Khan kerana memenangi Aktor Terbaik dalam anugerah Oscar Bollywood. Okaylah tu, Shahrukh Khan masih lagi ada aura powernya dalam industri hiburan Bollywood. Anda meminati filem Datuk Shahrukh Khan? Penulis sebenarnya dah lama tak tengok filem barunya tetapi filem lama Shahrukh Khan memang penulis cukup minatlah nak tengok.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shahrukh Khan Menang Aktor Terbaik Anugerah Oscar Bollywood By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...