CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shahz Jaszle & Neelofa Bercinta? Maria Farida Dilupakan


Betul Ke Shahz Jaszle & Neelofa Bercinta? Maria Farida Telah Dilupakan Jadi Kenangan.


Shahz Jaszle sebelum ini hangat dengan kontroversinya lucah bersama Prema Yin dalam klip video Gambit Saifullah. Gosip terkini, Shahz Jaszle mahu melupakan sisa kenangan serta kisah percintaanya yang bersama aktres jelita, Maria Farida, pelakon yang baru saja meningkat popular, Shahz Jaszle bagaimanapun mengakui hatinya kini telah pun diisi oleh seorang pelakon wanita lain. Adakah kekasih yang dimaksudkan ialah Neelofa?

Enggan mendedahkan nama pelakon wanita tersebut, Shahz Jaszle turut memaklumkan bahawa dia sudah menjalinkan hubungan dengan wanita itu selama 4 bulan dan setakat ini, hubungan mereka berjalan dengan baik.

Shahz Jaszle Takut Umum Neelofa Sebagai Kekasih

Namun dia agak khuatir untuk mendedahkan nama cinta hati barunya itu kerana mereka baru saja menempuh fasa permulaan dalam perhubungan. Oleh itu, dia bimbang kalau-kalau, hanya dia seorang saja yang bertepuk sebelah tangan.

"Dah 4 bulan saya berkawan dengan pelakon wanita ini dan kami agak selesa bersama. Cuma, saya tak berani nak beritahu namanya kepada umum kerana secara rasminya kami masih lagi belum benar-benar bercinta.

"Masih di fasa mengenali dan berkawan namun saya tahu dia juga mempunyai perasaan sama seperti saya," katanya tentang bicara cinta barunya itu.

Neelofa Jadi Kekuatan Shahz Jaszle

Mengakui wanita tersebut menjadi tiang kekuatan pada dirinya tatkala susah dan senang tatkala semasa dia melalui sisi-sisi kehidupan yang penuh kontroversi sedikit masa lalu, Shahz Jaszle bersyukur kepada Ilahi apabila ditemukan dengannya.

"Dia sama usia dengan saya dan saya suka dia kerana dia merupakan seorang yang kuat dan sentiasa menyokong saya semasa susah dulu. Dia senang untuk dibawa berbincang dan saya amat selesa sewaktu dengannya," jelasnya lagi.

Shahz Jaszle Neelofa Bercinta
 Shahz Jaszle & Neelofa Cinta Lokasi?

Tidak pernah serik bercinta sesama artis namun kata lelaki berusia 23 tahun ini, dia sedikit pun tidak berasa gentar setelah melalui pengalaman yang cukup buruk pada waktu yang lalu tetapi mengakui perkara tersebut mengajarnya menjadi lebih matang.

"Saya beruntung kerana melalui semua itu kerana daripada pengalaman lalu, ia banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang dan dewasa. Satu pengajaran yang amat berguna buat diri saya untuk jadi lebih baik daripada sebelum ini. Ada hikmahlah semua ini berlaku," katanya.

Shahz Jaszle 'Cinta Lokasi'

Sementara itu, ditanya mengenai sikapnya yang dikatakan cukup gemar mengalami penyakit 'cinta lokasi' dengan pantas lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini menafikannya.

"Itu kenyataan orang yang dah tak bersama saya lagi. Saya jenis tak bergaul di lokasi dan saya tak faham kenapa keluar cerita yang sebegitu. Tapi tak kisahlah apa juga orang bercerita kerana rezeki saya semakin bertambah dan bakat saya juga sudah diterima ramai," katanya.


P/s: Penulis dengar banyak khabar angin mengenai Shahz Jaszle dan Neelofa. Adakah Shahz Jaszle dan Neelofa saling menyintai atau sekadar cinta lokasi? Mungkin sekali lagi kontroversi apabila Maria Farida turut naik angin mengenai gosip yang timbul diantara Shahz Jaszle dan Neelofa. Adakah anda kisah?

~ Shahz Jaszle & Neelofa Bercinta? Maria Farida Dilupakan ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shahz Jaszle & Neelofa Bercinta? Maria Farida Dilupakan By Mohd Rohaizad. Published: 14.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...