CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shahz Jaszle Suka Adegan Lucah Ghairah Prema Yin? (Rasa Tidak Bersalah)


Shahz Jaszle Suka Adegan Lucah Ghairah Prema Yin? (Rasa Tidak Bersalah)

Minggu ini nama Prema Yin, Shahz Jaszle dan Gambit Saifullah meniti di bibir para peminat seni tempatan. Ia gara-gara klip video lagu Marilah nyanyian Prema Yin.

Aksi kurang enak dan separuh porno ala adegan lucah yang ditonjolkan dalam klip video itu memang tidak difahami motifnya.

Hendak dikatakan ada sentuhan seni, jauhlah sekali. Yang jelas ia seperti sebuah karya tangkap muat atau mungkin strategi pemasaran murahan.

 ShahzJaszle menerima pelawaan Gambit untuk berlakon dalam klip Prema kerana faktor persahabatan dan peluang. Ujar Shahz, mungkin kerana kemunculannya, masyarakat jadi kecoh dengan aksi-aksi dalam klip video tersebut

Gambit Saifullah selaku pengarah drama ini berkata, klip video itu dibuat untuk pasaran antarabangsa dan bukan tempatan.

Namun, klip video itu sudah dimuat naik ke laman Youtube dan boleh ditonton oleh khalayak Malaysia. Dalam masa beberapa hari diletakkan di laman tersebut, klip Marilah telah ditonton sebanyak lebih 100,000 kali.

Para Media Malaysia bertanyakan pembawa karakter ‘suami’ dalam klip video tersebut, Shahz Jaszle. Kata lelaki itu, dia melakonkan watak suami kepada Prema Yin dan rumah tangga mereka sedang bergolak.

Bagaimanapun, khalayak tidak dapat menerima keintiman suami isteri seperti itu dipertontonkan dalam sebuah klip video.

Kenapa Shahz Jaszle sanggup terima tawaran berlakon dalam klip video tersebut?

Pertama kerana saya mengenali Gambit Saifullah. Saya membantunya dengan menerima tawaran tersebut. Sebab kedua kerana Gambit Saifullah memberitahu saya bahawa klip ini adalah untuk tujuan pasaran antarabangsa.

Saya beritahu dia, kalau pasaran kita memang tidak lepas klip sebegini. Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya muncul di pasaran antarabangsa.

Pendapat Shahz Jaszle sendiri tentang klip video tersebut?

Sejujurnya saya belum melihat hasil akhir klip video tersebut. Tetapi saya rasa okey. Bab kualiti saya tidak mahu komen panjang. Tapi Gambit Saifullah telah melakukan yang terbaik sebagai pengarah.

Saya cuma melakonkan watak yang dimahukan oleh Gambit Saifullah. Dia mahu A, saya bagi A dengan komitmen seratus peratus.

Shahz Jaszle tidak terfikir tentang sensitiviti masyarakat kita?

Bagi saya, orang Malaysia memang susah terima perkara sebegini walaupun sebenarnya adegan begitu juga ada dalam filem mahupun drama lain.

Saya cuma menjalankan kerja saya dan bukan pandai-pandai saya. Saya ikut jalan cerita yang dimahukan sebagai seorang suami.

Shahz Jaszle tidakkah rasa dimurahkan dengan hasil kerja tersebut?

Tidak. Jalan ceritanya okey, mungkin kekurangan dari sudut seni, efek juga kurang.

Shahz Jaszle tidak rasa berlebihan?

Saya tidak rasa berlebihan.

Shahz Jaszle sejauh mana anda mengenali Gambit Saifullah?

Saya sudah kenal dia beberapa tahun lepas. Kami malah main futsal sama-sama.

Bagaimana Shahz Jaszle bekerja dengan Prema dalam adegan sebegitu?

Klip video ini baru sahaja dibuat bulan lepas. Saya pertama kali mengenali Prema Yin sewaktu penggambaran klip video ini. Dia naif dan baik. Tidak daring seperti dalam klip video tersebut.

Shahz Jaszle tahu klip video ini dikutuk hebat oleh masyarakat?

Inilah mentaliti orang Malaysia. Saya memang dengar dan baca banyak kutukan orang. Tapi saya ingin bertanya kepada yang mengutuk itu, adakah mereka berani dan bersedia untuk membuat sesuatu seperti klip video tersebut?

Saya tidak kisah kalau diberi nasihat tetapi ada juga carutan yang ditulis di laman blog dan web. Pada saya, kalau mereka mencarut, di mana akhlak baik mereka sebenarnya. Akhlak mereka juga tidak betul, mahu betulkan orang lain.

Gambit Saifullah melakukan tugasan dia sebagai sutradara dan kenapa orang lain yang sibuk-sibuk?

P/s: Nampak sangat yang Shahz Jaszle suka adegan lucah ghairah atas ranjang, apa ingat kami peminat suka ka adegan macam tu? Publisiti murahan betul Gambit Saifullah.. Ada hati video klip lagu macam ini nak masuk pasaran antarabangsa. Apa kurangnya adab sopan dan budaya ketimuran kita?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shahz Jaszle Suka Adegan Lucah Ghairah Prema Yin? (Rasa Tidak Bersalah) By Mohd Rohaizad. Published: 5.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...