CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shahz Jaszle Terkejut - Klip Video Addicted Berbaur Lucah Seks


Betul Ke Shahz Jaszle Terkejut - Klip Video Addicted Berbaur Lucah Seks?

Pelakon popular, Shahz Jaszle berumur 23 tahun, akui berasa terkejut dan hampa setelah melihat hasil rakaman lakonannya di dalam klip video lagu Addicted yang dikatakan berbaur seks itu setelah ianya tersebar dengan begitu meluas di laman YouTube baru-baru ini.

Namun, dia sama sekali tidak menyangka bahawa klip video yang diarahkan oleh pelakon dan pengarah, Gambit Saifullah yang 26 tahun, ini akan disiarkan di youtube internet.

Maria Farida Gaduh Shahz Jaszle
 Gambar Shahz Jaszle Bersama Isterinya Maria Farida - Bergaduh Sebab Gosip

Klip Video Addicted Lakonan Shahz Jaszle Dikutuk Hebat

Klip video Addicted nyanyian Prema Yin itu turut dilakonkan bersama oleh Shahz Jaszle bersama penyanyi tersebut telah mengundang kemarahan segelintir masyarakat kerana dikatakan mengandungi unsur-unsur yang agak erotik sehingga ia menyentuh sensitiviti mereka.

"Sebenarnya saya pun tak tahu, bila klip video ini akan dimasukkan ke dalam laman YouTube. Saya dapat tahu perkara itu pun setelah diberitahu oleh rakan saya sendiri.Terus-terang, saya memang agak terkejut apabila melihat hasilnya yang sebegitu.

"Lagipun saya tahu aksi sebegitu pastinya mendapat tentangan daripada masyarakat di negara ini. Namun apakan daya, saya tak dapat berbuat apa-apa kerana tugas saya hanyalah seorang pelakon dan pada masa itu saya sudah pun menandatangani kontrak untuk menjayakan klip video pada waktu.

"Kalau saya tahu ianya akan jadi begini tidak mungkin saya akan terima. Tambahan pula, saya sendiri memang tidak selesa melakonkan adegan seperti itu," jelasnya yang ketika itu sedang menjalani pengambaran telemovie, Bila Mama Bukak Mulut untuk TV9.

Gambar Shahz Jaszle Handsome Kacak
 Gambar Shahz Jaszle Handsome Kacak

Shahz Jaszle Mohon Maaf Kepada Peminat

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi adegan lucah ghairah diranjang.

Shahz Jaszle juga beberapa kali telah memohon maaf kepada semua pihak terutama peminatnya jika lakonannya dalam klip video itu mengundang kemarahan dan rasa tidak senang di hati mereka.

"Apa-apa pun, saya tetap ingin mohon maaf kepada peminat saya jika ada di antara mereka yang tidak berpuas hati atau hampa dengan lakonan atau adegan saya dalam klip tersebut.

"Mungkin silap saya juga kerana hanya menerima tawaran itu tanpa tahu apa yang sepatutnya saya lakukan terlebih dahulu. Apa yang saya tahu, saya hanya diberitahu untuk melakukan adegan itu pun ketika berada di lokasi penggambaran.

prema yin shahz jaszle aksi lucah
 Gambar Aksi Lucah Yang Peminat Marah Shahz Jaszle

Janji Shahz Jaszle Tidak Ulangi Kesilapan

"Tapi saya berjanji ianya tidak akan berlaku di masa hadapan. Saya akan lebih berhati-hati memilih skrip atau watak yang akan saya lakonkan selepas ini,"katanya.

Difahamkan, niat utama penghasilan klip video tersebut dihasilkan adalah untuk membantu menyiapkan profile penyanyi Prema Yin untuk pasaran di Amerika Syarikat.

Shahz Jaszle bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut kerana baginya pihak yang sepatutnya menjelaskannya serta dipertangungjawabkan adalah pengarahnya sendiri iaitu Gambit Saifullah.

P/s: Sebelum ini Shahz Jaszle menyokong tindakan kawan baiknya Gambit Saifullah dalam pembikinan video klip ala lucah tersebut. Terkini Shahz Jaszle terkejut dan memohon maaf pula. Apa-apa pun penulis harap, Shahz Jaszle jagalah hati para peminat ya, Shahz Jaszle memang mempunyai bakat dalam lakonan. Penulis dan keluarga tidak terlepas menyaksikan drama Asmara sebelum ini.


 Shahz Jaszle Terkejut - Klip Video Addicted Berbaur Lucah Seks

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shahz Jaszle Terkejut - Klip Video Addicted Berbaur Lucah Seks By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...