CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shahz Jaszle Tipu Peminat & Media Kes Video Klip Gambit Saifullah


Betul Ke Shahz Jaszle Tipu Peminat & Media Berhubung Kes Video Klip Gambit Saifullah?

Penafian pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah, 26 tahun, menjelaskan pelakon Shahz Jaszle sudah mengetahui jalan cerita klip video yang diarahnya sebelum bersetuju untuk melakonkan adegan yang diberikan.

Gambit Saifullah berkata, sebelum menerima tawaran itu, Shahz Jaszle sudah dimaklumkan dengan adegan yang bakal dilakonkan termasuk berpelukan dengan penyanyi Prema Yin dalam klip video tersebut.

“Shahz Jaszle sudah dimaklumkan apakah adegan yang hendak dia lakonkan dalam klip video Prema Yin itu,” katanya.

babak lucah video marilah shahz jaszle


Shahz Jaszle Tipu Peminat & Media - Pura-Pura Tidak Tahu Adegan Lucah

Gambit Saifullah diminta mengulas kenyataan Shahz Jazle dalam sebuah portal hiburan kononnya dia terkejut hasil klip video itu yang agak keterlaluan dan mengakui tidak selesa melakonkan adegan berkenaan.

Shahz Jazle menjadi model klip video bagi menjayakan single terbaru Prema Yin berjudul Marilah dengan aksi yang dilihat keterlaluan seolah-olah sedang berahi dalam menonjolkan keintiman hubungan suami isteri.

Ia menjadi lebih hangat apabila Gambit Saifullah membuat kenyataan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat (USA) selain berpendapat ia tidak berunsur lucah seperti mana yang diperkatakan umum.

gambar gambit saifullah seksi lucah


Shahz Jaszle Sudah Tahu Adegan Lucah - Gambit Saifullah

Gambit Saifullah bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung kenyataan yang diberikan oleh Shahz itu sebaliknya menjelaskan pelakon tersebut sudah mengetahui apa yang hendak dilakukannya.

“Saya pun tak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Saya mengaku agak stres,” katanya.

P/s: Wah, yang mana betul ni? Adakah Shahz Jaszle tipu para peminat dan media? Kenyataan Gambit Saifullah menafikan yang Shahz Jaszle tidak tahu babak tersebut sebelum sain kontrak. Ish.. ish.. macam-macam hal la korang berdua ni, penuh kepura-puraan hipokrit.


Shahz Jaszle Tipu Peminat & Media Kes Video Klip Gambit Saifullah

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shahz Jaszle Tipu Peminat & Media Kes Video Klip Gambit Saifullah By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...