CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sinopsis Filem Papadom 2 - Tayangan 2012


Anda Mencari Sinopsis Filem Papadom 2 Yang Bakal Di Tayangkan Pada Tahun 2012?

Baru-baru ini pengarah filem terkenal Afdlin Shauki menjemput kami berkunjung ke set penggambaran filem terbarunya, Papadom II yang berlangsung di salah sebuah hospital swasta.

Filem Papadom ll merupakan usahasama antara Vision Works dan Tayangan Unggul. Penggambaran dijangka mengambil masa 2 bulan dan kini telah pun 60% siap.

Sekiranya pembaca ingat, Vision Works kini dalam rangka program untuk menghasilkan 15 buah filem dalam masa 2 tahun dan Papadom II adalah filem ke-4 selepas 'Berani Punya Budak', 'Pontianak vs. Orang Minyak' dan 'Bara Jiwa'.

Filem Papadom 2 - Babak Nikah Di Hospital

Kami dapat melihat secara dekat proses penggambaran babak yang paling besar di dalam filem ini. Rasanya gambar yang disertakan untuk artikel memberi satu gambaran yang jelas - proses ijab kabul di dalam wad hospital!

Papadom2 Babak Nikah Di Hospital
 Gambar Filem Papadom 2 - Babak Afdlin Shauki Akad Nikah Di Wad Hospital

Kami berasa kagum dengan inovasi dari Afdlin yang juga terkenal dengan taglinenya "Terbaik dari ladang, lautan dalam dan angkasa lepas".

Sinopsis Filem Papadom 2

Papadom II menyambung kisah dari filem Papadom di mana Saadom masih lagi sentiasa risau dan sangat penyayang kepada anaknya, Miasara. Berbeza kali ini apabila Miasara telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan Mia kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang.

Beberapa muka baru yang muncul dalam filem ini termasuk Khir Rahman, Riezman Khuzaimi, Dira Abu Zahar, Ozlyn Wati, Hans Isaac, Adlin Aman Ramli dan Tepek Raja Lawak. Watak-watak dari Papadom yang dikekalkan ialah Liyana Jasmay, Vanida Imran, Norkhiriah dan Scha Alyahya.

Papadom2 Babak Sanding Di Hospital
 Gambar Filem Papadom 2 - Babak Persandingan Di Wad Hospital

Ini membawa kepada pertanyaan "kenapa watak Mat (lakonan Que Haidar) tidak diteruskan. Afdlin menjelaskan yang dia ingin mengembangkan watak Miasara (lakonan Liyana Jasmay) dengan menggandingkannya dengan Khir Rahman.

Apa pun, kami yakin yang Papadom II akan memberi nilai hiburan yang tinggi di samping elemen-elemen nasihat yang sentiasa menjadi pendekatan dalam filem arahan Afdlin.

Filem ini dijangka akan berada di panggung tahun hadapan (2012). Sama-sama kita nantikan kemunculannya nanti! -Gua.


P/s: Penulis pun teruja tengok sinopsis filem Papadom 2 yang bakal ditayangkan pada tahun 2012. Filem Papadom II mempunyai banyak unsur nasihat dan komedi yang boleh membuat kita terfikir yang filem Papadom 2 sememangnya logik dan mempunyai kaitan dengan kehidupan seseorang. Babak filem Papadom 2 juga menarik dan lain daripada yang lain hasil buah tangan Afdlin Shauki yang unik.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sinopsis Filem Papadom 2 - Tayangan 2012 By Mohd Rohaizad. Published: 18.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...