CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sinopsis Review Dewa Cinta & SiJundai Terbitan Grand Brilliance


Anda Mencari Info Sinopsis Review Drama Dewa Cinta & SiJundai Terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd?

Kedua-dua drama ini mengisahkan antara konflik keluarga yang berlaku akibat penggunaan ilmu pengasih dan penderitaan dua insan yang bercinta tetapi tidak dapat disatukan kerana hasutan dan hasad dengki orang lain.

Ini merupakan sedikit plot ringkas yang cuba disampaikan oleh dua buah drama bersiri terbaru TV3 yang bakal memulakan siarkan semalam.

Dewa Cinta lakonan mantap Fasha Sandha (Gambar) dan Iqram DInzly (Gambar) menerusi slot Akasia dan SiJundai, kisah cinta tiga segi di antara Wan Sharmila, Azam Pitt dan Nabila Huda di slot Lagenda.

Menampilkan jalan cerita yang mantap dan menyegarkan, dua drama bersiri ini diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd.

Sinopsis Review Drama Dewa Cinta

Dewa Cinta mengisahkan Iqbal, lakonan Iqram Dinzly yang dibesarkan penuh kekecewaan oleh keluarga norhan dan Rohaya. Memori hitam di zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandungnya yang sangat garang dan tegas selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal memberontak, namun sikap panas barannya itu disembunyikan di sebalik penampilannya yang elite.

Takdir menemukan Iqbal dan June (Fasha Sandha), seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.

Sinopsis Review Drama Dewa Cinta
Gambar Drama Dewa Cinta

Di sisi lain, June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar berita. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasihnya yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain.

Berbeza dengan Dewa Cinta, Sijundai mempertaruhkan nama-nama baru untuk menghidupkan watak-watak rekaan penulis skrip ini.

Sinopsis Review Drama Sijundai

Mengisahkan sebuah keluarga yang berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih, segalanya bermula apabila Sarah (Gambar Wan Sharmila) menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu kecil.

Sarah telah mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni tari, namun ayahnya tidak merestuo Sarah meneruskan bakat dan minatnya itu. Akhirnya Sarah berjaya juga melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi seni.

Di sana, Sarah bertanya dengan Gema (Gambar Azam Pitt) seorang pemuda dari Sumatera Barat yang berjaya memikatnya dengan kebolehan bermain alat muzik, namun perjalanan seni dan cinta Sarah tergugat di tengah jalan dengan kehadiran Desi (Gambar Nabila Huda), bekas kekasih Gema.

Sinopsis Review Drama SiJundai
 Gambar Drama SiJundai

Dihasut denganperasaan denganki dan dendam, Desi menggunakan ilmu sesat untuk memisahkan Sarah dan Gema. Ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk menggangg sarah dan dia kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut kepada Gema.

Sarah yang terpedaya akhirnya sedar pengkhiatan Desi yang sebelum ini merupakan sahabat karibnya. Mungkinkah Gema, Sarah dan juga Desi sendiri yang akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu sesat yang mengahantui keluarga mereka? -ManggaOnline.


P/s: Kepada peminat-peminat drama Malaysia, jangan lupa dan ketinggalan untuk saksikan drama bersiri Dewa Cinta dan Sijuntai terbitan Grand Briliance di TV3 setiap hari Isni hingga Khamis pada pukul 4 petang.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sinopsis Review Dewa Cinta & SiJundai Terbitan Grand Brilliance By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...