CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sinopsis Review Filem Green Lantern (Youtube Video Trailer)


Anda Mencari Sinopsis Review Filem Green Lantern Adiwira Hijau (Youtube Video Trailer) ?

Sudahkah anda saksikan filem Green Lantern ini di pawagam? Jika belum, mungkin ulasan ini akan membantu anda membuat pilihan memandangkan banyak filem bagus sedang ditayangkan sekarang. Filem  yang dibuat dengan bajet  USD200 juta ini menampilkan Superhero Adiwira Hijau terbaru ciptaan Hollywood yang dikenali sebagai Green Lantern. 

Review Filem Green Lantern ini tidak banyak perbezaan dengan filem-filem Superhero Adiwira yang lain.  Masih mempunyai misi yang sama, menyelamatkan bumi dunia kita! Walaupun konflik masalah krisis bukan bermula di planet bumi yang dihuni manusia ini, tetapi sekali lagi bumi terheret ke dalam situasi bahaya.

Pada kaum hawa, daya tarikan filem ini mungkin terletak kepada heronya yang kacak. Tidak mustahil kalau selepas ini ramai yang mula menggilai hero ciptaan terbaru Hollywood ini. Kaum lelaki pula mungkin teringin menyaksikan filem ini selepas melihat trailernya. Apa yang boleh kami katakan, jangan mudah terpedaya. 

Plot cerita ini tidaklah serancak menarik seperti yang digambarkan pada youtube video trailer. Permulaan filem ini agak perlahan sehingga ada penonton yang jemu dan tertidur. Begitu juga dengan aksi pertarungan. Tidak tidak sehebat mana dan biasa sahaja. 

Sinopsis Review Video Filem Green Lantern


Sinopsis Filem Green Lantern mengisahkan filem yang diadaptasi daripada komik Green Lantern yang berjudul Emerald Dawn. Ia memaparkan kisah seorang lelaki biasa, Hal Jordan, yang bertukar menjadi hero setelah mendapat kuasa luar biasa daripada cincin hijau yang diperolehi daripada makhluk asing. 

Walaupun menjadi manusia pertama terpilih sebagai salah seorang Green Lantern Cops, tetapi Hal tidak begitu gembira pada mulanya kerana merasakan dia tidak mampu menjadi sehebat Green Lantern yang lain. 

Namun, semangatnya mula bangkit apabila mendapat tahu bumi akan musnah sekiranya kuasa jahat, Parallax menjadi bertambah kuat. Bagi menghalang malapetaka itu, Hal berhadapan dengan Parallax dan sudah pasti misinya berjaya dengan bantuan Green Lantern yang lain.

Tengok Video Trailer Youtube Filem Green Lantern Dibawah







Filem Green Lantern Dibintangi Oleh

Ryan Jordan, Blake Lively, Peter Sarsgaard, Tim Robbins, Mark Strong, Jay O Sanders.

Genre Filem Green Lantern: Aksi Pengembaraan  (Adiwira)

Info Menarik Filem Green Lantern

Kostum Green Lantern yang digayakan oleh Ryan Reynolds bukan dihasilkan oleh mana-mana pereka kostum, sebaliknya ia adalah hasil manipulasi komputer. Filem ini telah mendapat kutipan USD52.6 juta pada minggu pertama tayangannya di Amerika Utara dan ini menempatkannya di tangga teratas carta box office.

 


P/s: Jika anda masih berminat dan teruja ingin menyaksikan filem Green Lantern, jangan lupa membawa sekali keluarga anda ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sinopsis Review Filem Green Lantern (Youtube Video Trailer) By Mohd Rohaizad. Published: 21.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...