CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sinopsis Review Filem Sekali Lagi (Video Trailer)


Anda Mencari Sinopsis Review Filem Sekali Lagi Video Trailer?

Sinopsis Filem Sekali Lagi

Selama ini, ARMAN (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap penyakit autisme. Namun pada realiti sebenar, hidupnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika Arman semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA (Shasha). Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah dan menyakitkan hatinya. Selain itu, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng jalanan yang terdapat di jalan lorong yang Arman lalui.


Nasib baik AMY (Mia Sara Nasuha), seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, menjerit dengan kuat, dan sekaligus berjaya menyelamatkan Arman daripada mangsa ragut oleh samseng tersebut. Sungguhpun begitu Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan pandai berdikari sekali, malah lebih cerdik dan berdikari dalam hidup berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.

Gambar Sinopsis Poster Filem Sekali Lagi
 Gambar Sinopsis Review Filem Sekali Lagi

Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS (Bront Palarae), si duda yang baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu.

Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah kisah hitamnya yang tidak diketahui sesiapapun, termasuklah si Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Namun, apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan muktamadnya sama ada memilih Arman atau Haris. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman. Ingin mentahui kesudahannya? Jangan lupa  saksikan di panggung wayang terdekat Filem Sekali Lagi!

Tajuk Filem: Sekali Lagi

Pengarah: Hashim Rejab

Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam: 30 Jun 2011

Senarai Pelakon Filem Sekali Lagi:

Shaheizy Sam
Lisa Surihani
Mia Sara Nasuha
Bront Palarae
Kartina Aziz
Shasha
Zul Handyblack
Ana Dahlia
Bob Lokman
Amylia Nastasha Aziz

Tengok Video Trailer Filem Sekali Lagi





Apa review mohdrohaizad.co.cc - Penulis tertarik dengan jalan cerita filem Sekali Lagi, memang menarik sinopsis filem ini dengan konflik masalah yang dilalui oleh Arman dan Sheila. Telah menjadi persimpangan dan dilema terutamanya kepada si Sheila. Best kan? Ok, jangan lupa ke pawagam untuk tengok filem Sekali Lagi pada 30 Jun 2011 ini ya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sinopsis Review Filem Sekali Lagi (Video Trailer) By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...