CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah Tidak Takut Gelap Sebab Simplysiti


Terkini! Artis Popular Malaysia Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah Tidak Takut Gelap Sebab Simplysiti!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak kisah berjemur di tengah panas dan menjalani aktiviti lasak selepas dia bersetuju menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Dia akan memastikan dirinya sentiasa bersedia sewaktu menyertai latihan ketenteraan itu. Siti terpaksa menyelesaikan tempoh latihan selama 39 jam seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan.

Siti Nurhaliza Pakai Krim Pelindung Cahaya Matahari Simplysiti

“Saya akan memakai krim pelindung cahaya matahari untuk menghalang kulit menjadi terlalu gelap.

Bagaimanapun, saya rasa sudah adat warna kulit akan berubah gelap apabila selalu berjemur panas,” ujarnya.

Selain Siti, rakan selebriti lain yang turut serta dalam pasukan itu ialah pelakon Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Mohd Noor Bong, pengacara Nurul Hidayah Zahid Hamidi, penerbit filem David Teo, penyanyi Aizat dan Ana Raffali.

Siti Nurhaliza Askar Wataniah
 Gambar Siti Nurhaliza Beruniform Askar Wataniah

Menyentuh tentang karier seni, Siti masih akan aktif melibatkan diri dengan aktiviti yang diatur. Dia baru selesai merakamkan program Hari Raya Idola Kecil untuk TV9.

“Album lagu Inggeris saya akan berada di pasaran mulai Julai ini,” katanya lagi.

Sebanyak 10 buah lagu yang dijangka dimuatkan dalam album yang menggunakan khidmat komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander tersebut.

Siti Nurhaliza Kena Jalani Latihan Asas 39 Jam Setahun

Sementara itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, individu yang menyertai pasukan tersebut perlu menjalani latihan asas selama 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum mendapat pentauliahan.

Malah setiap pelatih turut diberi pilihan untuk latihan sehingga 240 jam seperti yang dilakukan oleh pasukan lain.

Siti Nurhaliza Simplysiti
 Gambar Produk Siti Nurhaliza - Simplysiti

“Askar Wataniah terbuka kepada sesiapa sahaja dan saya percaya bahawa diri setiap orang mempunyai hasrat terpendam. Misalnya saya telah lama bercita-cita untuk menjadi anggota polis.

“Sejak di bangku sekolah lagi, saya memang berminat dengan pasukan beruniform. Walaupun usia sudah mencecah lebih 30 tahun ini, minat saya masih tidak luntur. Saya juga ingin menggalakkan kawan-kawan lain yang berminat menyertai pasukan ini kerana setelah mendengar taklimat, latihan yang diberikan tidak seteruk seperti askar tetap,” katanya.


P/s; Tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza, pelakon Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Mohd Noor Bong, pengacara Nurul Hidayah Zahid Hamidi, penerbit filem David Teo, penyanyi Aizat dan Ana Raffali yang menyertai pasukan simpanan Askar Wataniah. Penulis semua yang terlibat ini berjaya menghabiskan masa mereka sehingga berjaya ditauliahkan ya? Jangan hanya sekadar hendak ambil nama okay. A'ah, jangan lupa guna simplysiti bagi artis wanita untuk mengelakkan berlakunya sunburn semasa menjalani latihan Askar Wataniah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah Tidak Takut Gelap Sebab Simplysiti By Mohd Rohaizad. Published: 17.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...