CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Siti Saleha Pelakon Cun Meningkat Popular Drama Nora Elena


Siti Saleha Pelakon Cun Meningkat Popular Drama Nora Elena

Wajah mulus ini sering muncul di kaca televisyen. Kalau bukan dalam drama, wajah Siti Saleha berumur 21 tahun, menjadi penghias iklan. Senyumannya dalam setiap iklan komersialnya ibarat magnet yang menarik orang ramai untuk membeli sesuatu produk.

Namun, wajah ceria itu mampu bertukar mengikut karakter dan permainan jiwa. Mimik muka sedih, marah dan gembira telah dipertontonkan sekali gus membuktikan kredibiliti Saleha sebagai pelakon.

 Cun Cantik Kan Gambar Siti Saleha?

Sebelum ini, pertukaran mimik dan perasaan itu sudah disaksikan dalam drama seperti Habil dan Qabil, Awan Dania, Ustaz Amirul, Sudu dan Garpu dan Di Bawah Ketiak Isteri. Kini, Saleha ada taruhan yang lebih besar iaitu drama Nora Elena.

Drama Nora Elena Naikkan Nama Siti Saleha

Ia sebuah naskhah adaptasi novel Kasih Yang Suci nukilan Meen Zulaikha yang kini disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam dalam slot Akasia di TV3.

Produksi 24 episod atas genre cinta ini memberi tanggungjawab berat buat Saleha yang memegang watak Nora Elena.

“Nora Elena merupakan karakter yang penuh kejujuran dan kelembutan. Jiwa dan hatinya rapuh dek sejarah silam yang dialami,” kata Saleha tentang drama lakonannya yang masih mengekalkan 70 peratus persamaan seperti dalam novel itu.



Siti Saleha Adik Kandung Sam Bunkface

“Saya teruja melakonkan watak besar tersebut memandangkan ini adalah pertama kali saya terlibat dengan drama yang diterjemahkan daripada novel,” jelas aktres yang juga adik kandung Sam Bunkface ini.

Untuk sebuah hubungan kimia yang cantik dan lancar, Saleha mengaku banyak dibimbing Aaron Aziz yang berpasangan dengannya untuk drama ini.

“Drama arahan Jet Li ini adalah drama kekeluargaan, ada konflik dan cinta yang harus saya tangani, ada juga babak yang menonjolkan kemesraan suami isteri.

 Gambar Siti Saleha Cute Comel

“Hero saya, Aaron Aziz banyak membantu,” puji Saleha yang memanggil Aaron dengan nama ‘uncle’ di set penggambaran.

Usai penggambaran drama yang kini menjadi ‘ketagihan’ khalayak ini, Saleha mahu merebahkan dirinya untuk berehat. Katanya, dia masih perlu fokus terhadap pelajarannya yang berbaki tiga semester.

Impiannya sama seperti anak muda di luar sana – mahu menggenggam segulung ijazah. Saleha meletakkan Britain sebagai destinasi pembelajaran seterusnya.

Buat masa ini, nikmati dahulu Saleha dalam balutan Nora Elena.

P/s: Cantik Cun la Siti Saleha, bakat lakonan pun tidak kurang hebatnya. Terutamanya dalam drama Nora Elena, penulis memberi sokongan penuh kepada Siti Saleha.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Siti Saleha Pelakon Cun Meningkat Popular Drama Nora Elena By Mohd Rohaizad. Published: 5.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...