CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Suki Sukar Melupakan Bekas Kekasih - Terlalu Mencintaimu


Betul Ke Suki Sukar Melupakan Bekas Kekasihnya Dalam Single Lagu Terbaru Terlalu Mencintaimu?

Bekas juara One In A Million, Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Wee berumur 22 tahun, tidak kisah untuk berkongsi cerita peribadi menerusi lirik lagu kepada khalayak kerana menganggap ia merupakan satu perkara normal sebagai seorang selebriti.

Kata Suki, hal ini bukanlah isu besar kerana ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada peminat yang mengetahui tentang pengalaman Suki terutama sekali melalui lagu-lagu yang dinyanyikan.

"Bagi saya, muzik adalah perkara realiti dan menerusi lirik yang dicipta, ia dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendengar muzik tersebut.

"Malah kita boleh menjiwai sesebuah lagu yang mempunyai kaitan dengan diri kita. Sebab itu mulai sekarang, saya mahu berkongsi tentang kisah hidup saya kepada umum dalam lagu saya " kata Suki.

Single Terbaru Suki One In A Million - Terlalu Mencintaimu

Suki bakal muncul dengan sebuah “single” lagu terbaru berjudul Terlalu Mencintaimu, mengisahkan tentang dirinya yang pernah mengalami kesukaran untuk melupakan bekas kekasih untuk jangka masa yang agak lama.

Lagu yang dihasilkan oleh Ajai dan liriknya ditulis oleh penulis Indonesia, Reji itu mengisahkan tentang seorang wanita yang begitu mencintai teman lelakinya sehinggakan dia lupa dengan keadaan sekeliling dan sukar untuk menghapuskan kisah cinta apabila putus hubungan.

"Walaupun lagu ini bukan dicipta sendiri oleh saya, tetapi ia begitu dekat di hati kerana liriknya menceritakan tentang pengalaman hidup seorang wanita yang sukar melupakan bekas kekasihnya itu dan hal itu pernah berlaku dalam diri Suki sendiri.

Gambar Suki Lagu Terlalu Mencintaimu
Gambar Suki Seksi Cun Buat Peminat Setia

"Ketika membawakan lagu ini, saya percaya, hal ini juga pernah berlaku kepada wanita di luar sana," ujar Suki.

Dalam pada itu, Suki turut mengekspresikan perasaan terhadap bapanya menerusi lagu dalam bahasa Mandarin yang dihasilkan sendiri olehnya berjudul A Song For You bersempena dengan Hari Bapa yang disambut pada Ahad lalu.

"Rasa seronok sangat apabila dapat meluahkan kata-kata yang terpendam menerusi lagu ini dan dia menyukai lagu tersebut. malah, berulang-ulang kali dia mendengarkannya," ujar Suki.

Sementara itu, Suki bakal mengadakan persembahan pada Festival KL 2011 bersama Najwa Mahiaddin, Datuk M Daud Kilau, One Nation Emcees dan Bahbola pada 2 Julai depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Video Youtube Suki One In A Million - Lagu Teruskan






Komen mohdrohaizad.co.cc - Dah lama kita tidak dengar khabar tentang Suki kan? Terbaru Suki telah mengeluar single lagu Terlalu Mencintaimu disebabkan kisah Suki yang sukar melupakan bekas kekasihnya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Suki Sukar Melupakan Bekas Kekasih - Terlalu Mencintaimu By Mohd Rohaizad. Published: 22.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...