CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Syarikat AC Mizal Konsortium Penipu? Ramai Jadi Mangsa Aniaya!


Betul Ke Syarikat AC Mizal Konsortium Penipu? Ramai Jadi Mangsa Aniaya!

Tergempar! Lagi Panas! Syarikat AC Mizal Penipu? Sebelum ini ada banyak pihak mendakwa, bisnes yang dijalankan oleh artis AC Mizal melalui AC Konsortium Sdn.Bhd. banyak mengambil kesempatan dan menindas orang ramai terutamanya orang Melayulah..

Menjual gelang magnet dengan harga ‘super’ lumayan, menjanjikan pulangan tidak masuk akal kepada pelabur dan macam-macam janji lagi, AC Konsortium dikatakan mengaut untung melalui cara yang tidak sepatutnya seperti SKIM CEPAT KAYA.

Bagaimanapun AC Mizal dengan sekeras-kerasnya menafikan tanggapan itu dan kekal dengan pendiriannya. Menurut AC Mizal, dia menjalankan bisnes untuk membantu orang Melayu. Kata AC Mizal, dia tidak mahu kaya seorang diri sebaliknya bersama-sama dengan pihak lain memperoleh kekayaan.

Ramai Artis Pertahan AC Mizal

Malah, di belakang pengacara Maharaja Lawak itu, ada beberapa artis muda yang sanggup mempertahankan majikannya.

Artis-artis ini dengan penuh lantang dan berani mempertikaikan pihak yang membuat tuduhan dan menganggap ia berpunca daripada sifat dengki khianat.

Enam artis yang pernah bernaung di bawah ACK itu adalah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.

Tetapi itu beberapa bulan yang lalu. Jika sebelum ini enam selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya pada saat dihentam teruk oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi.

Terbaru Semua Artis Sudah Melarikan Diri Dari Syarikat AC Mizal

Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan.

Pengumuman secara rasmi mengatakan mereka tidak lagi terlibat dalam urusan syarikat itu telah pun dibuat baru-baru ini.

Semuanya diluahkan dalam laman sosial facebook masing-masing.

Tidak mahu terus berteka-teki tentang situasi berkenaan, Pancaindera bergegas mendapatkan komen daripada salah seorang bekas speaker.

Syarikat AC Mizal Penipu
Gambar AC Mizal Bersama Para Artis Yang Dulu Sokong Gelang Magnet Kesihatannya

“Saya tak dibenarkan memberi komen buat masa sekarang. Kena tutup mulut. Nanti-nantilah saya cerita. Bila tiba masanya, kenalah tunggu,” ringkas Lan Kristal dalam perbualan Khamis petang lalu ketika diminta untuk mengulas tentang isu berkenaan.

Vokalis kumpulan Kristal ini juga beberapa kali menekankan pernyataan ‘tiada komen’ saat diasak dengan situasi keruh melibatkan perniagaan itu.

Cubaan media untuk mendapatkan komen dari lima lagi artis juga menemui jalan buntu apabila masing-masing enggan memberi sebarang kenyataan. Talian telefon dibiarkan berbunyi sehingga ke akhiran.

AC Mizal Bekalkan Gelang Magnet Kesihatan Dengan Menipu Pelanggan

AC Mizal adalah pemilik syarikat ACK yang ditubuhkan pada 2009 yang mana dia bertindak sebagai pengerusinya dengan bisnes bernilai RM200 juta.

Syarikat itu menjadi pembekal gelang dan rantai kesihatan berasaskan magnet jenama AC Mizal.

Sementara itu, difahamkan keenam-enam artis yang menganggap dirinya sebagai mangsa itu hanya akan ‘membuka mulut’ tentang apa yang berlaku dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi.

AC Mizal Umumkan Tamat Jawatan Artis-Artis Yang Sokongnya Dulu

Sidang akhbar itu sekali gus akan berlangsung bersama perjanjian mereka sebagai duta bagi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS).

Surat jemputan media berkaitan pengumuman penamatan jawatan mereka di AC Konsortium dan sidang akhbar pelantikan duta AUCMS telah pun diedarkan kelmarin.

Majlis berkenaan bakal diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pada hari Rabu bersamaan 15 Jun, pukul 4 petang.

“Apakah punca dan sebab utama artis-artis ini meninggalkan AC Konsortium secara mengejut? Benarkah mereka juga menjadi mangsa penipuan?

“Segala-galanya akan terjawab dalam sidang media itu nanti. Datang, dengar dan tanyalah apa saja soalan, mereka akan jawab,” kata orang kuat di sebalik penganjuran acara berkenaan.


P/s: Penulis tidak sangka sampai jadi macam tu sekali AC Mizal. Jual gelang magnet kesihatan dengan harga yang melampau untuk mengaut keuntungan / menindas orang. Apa-apapun kita nantikan penjelasan artis-artis yang terkena dengan syarikat AC Mizal ini, sama ada betul tau tidak syarikat AC Mizal Konsortium menipu ada diketahui dalam masa terdekat.

-Syarikat AC Mizal Konsortium Penipu? Ramai Jadi Mangsa Aniaya!-

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syarikat AC Mizal Konsortium Penipu? Ramai Jadi Mangsa Aniaya! By Mohd Rohaizad. Published: 12.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...